Alhamdulillah, Segala puji bagi allah s.w.t tuhan pentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga, sahabat-sahabat serta  para pengikut baginda yang tidak jemu-jemu menyampaikan risalah islam ke seluruh dunia hingga ke hari kiamat.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian,

Bulan ramadhan yang merupakan bulan yang paling istimewa di sisi allah s.aw adalah anugerah yang sungguh berharga buat ummat nabi Muhammad s.a.w. Bulan yang terkenal dengan gandaan amalan yang berlipat kali ganda ini menjadi rebutan bagi mereka yang benar-benar mengimpikn syurga Allah s.w.t.

Bulan ini juga dihidangkan oleh allah s.w.t dengan pelbagai peristiwa sejarah ini sudah  lebih daripada mencukupi untuk ditimba segala pengajaran dan  kepada seluruh manusia dalam meneruskan kehidupan di dunia. Peristiwa Badar Kubra, Lailatul Qadar dan Nuzul al-Quran antara peristiwa bersejarah yang menghiasi keistimewaan bulan Ramadhan ini.

Tanggal 17 ramadhan umat islam seluruh pelusuk dunia mengenang kembali peristiwa penurunan al-quran yang menjadi perlembagaan utama bagi umat islam. Pelbagai bentuk pengisian diadakan sempena menyambut hari nuzul al-quran tersebut antaranya forum, ceramah,  diskusi kitab dan sebagainya.

Semua itu bertujuan untuk mengembalikan semula kefahaman masyarakat terhadap peranan al-Quran itu sendiri dalam mengatur system kehidupan manusia. Peristiwa agung ini yang berlaku ke atas junjungan mulia nabi Muhammad s.a.w ketika mana baginda beruzlah di Gua Hira’ untuk bertaqarrub kepada Allah s.w.t ternyata menjadi faktor utama kebangkitan umat Islam pada hari ini untuk terus mempertahankan kesucian islam di atas muka bumi ini.


Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian,


Berdasarkan peristiwa nuzul al-quran itu dapat difahami bahawa ayat pertama yang diturunkan kepada nabi kita adalah ayat berkenaan kepentingan ilmu itu sendiri yang menjadikan membaca itu sebagai wasilah untuk mencapainya. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Alaq ayat 1-5 :

Maksudnya ;

Bacalah (Wahai Muhammad) Dengan nama Tuhanmu Yang menciptakan (sekalian makhluk).Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,.Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan. Ia mengajarkan manusia apa Yang tidak diketahuinya.

Membaca merupakan satu agenda penting yang perlu disemai dan disemarakkan dalam setiap jiwa mahasiswa lebih-lebih lagi mahasiswa berstatus agama. Kebanyakkan mahasiswa kita pada hari ini lebih cenderung ke arah pembacaan yang berunsur picisan  berbanding bacaan ilmiah. Inilah antara kelemahan yang perlu dikikis dari diri mahasiwa.

Purata pembacaan rakyat Malaysia adalah antara lapan hingga 12 buah buku setahun berbanding hanya dua buah buku kira-kira tiga tahun lalu seperti yang diberitahu oleh Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Dr Rais Yatim ketika melancarkan Kempen Mari Membaca 1Malaysia, di Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) pada bulan Mac yang lalu.

Walaupun begitu nisbah pembacaan rakyat Malaysia masih lagi jauh ketnggalan berbanding dengan negara-negara maju yang lain seperti Jepun, Korea Selatan, Amerika Syarikat dan sebagainya.

Situasi  ini juga hampir sama keadaan dengan mahsiswa Malaysia yang menuntut di Bumi Mesir ini. Kekurangan tenaga untuk memberi pengisian dalam program-program PMRAM pusat mahupun PMRAM Cawangan BKAN dan DPM semakin sukar untuk diperolehi walaupun bumi Mesir ini penuh dengan pelbagai jenis kitab-kitab, bahan bacaan ilmiah dan sebagainya yang agak sukar untuk ditemui di tempat lain.

Inilah bukti mahasiswa kita pada hari kurang membaca dan lebih suka untuk menerima tanpa ada semangat untuk memperlengkapkan diri dengan ilmu-ilmu yang berbentuk pengkajian yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Masalah tersebut pastinya membimbangkan semua pihak lebih-lebih lagi PMRAM yang merupakan persatuan induk yang menaungi hampir keseluruhan mahasiswa-mahasiswi yang menuntut di Mesir ini.

Tugas untuk mengembalikan semula keizzahan dan kredibiliti mahasiswa islam dari sudut penguasaan ilmu hari ini perlu dipikul oleh semua pihak.

Oleh yang demikian, bertepatan dengan peristiwa nuzul al-quran pada tahun ini PMRAM secara rasminya mengisytiharkan bulan September ini  sebagai bulan permulaan kepada kempen membaca PMRAM sesi kepimpinan 2010.

PMRAM Pusat mengharapkan agar seluruh PMRAM Cawangan BKAN dan DPM mengembeleng tenaga untuk memastikan kempen membaca ini dilaksanakan dengan jayanya diseluruh peringkat dan mengisi kempen tersebut dengan program-program yang menjurus ke arah itu.

Mudah-mudahan Nuzul al-Quran itu benar-benar memberi inspirasi buat seluruh umat islam untuk terus bangkit dan memperkuatkan penguasaan ilmu dipelbagai bidang dengan menjadikan membaca itu sebagai satu jalan untuk mencapainya.

“ BANGSA MEMBACA BANGSA BERJAYA “

“KEMANTAPAN FIKRAH MEMBINA SYAKSIAH “

ABDUL AZIZ BIN ALI
KETUA BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
PMRAM 2010

sumber :www.pmram.org

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, September 2, 2010

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS