Sunday, November 22, 2009

Rahsia Freemason


Buku Freemason oleh Ustaz Nik Azran dan Ustaz Mahadi

Sedikit perkongsian ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan Freemason. Boleh lihat sendiri di Youtube link berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=fC76_Xv8pBc&feature=related

p/s : sedikit masalah berlaku untuk proses upload video..

Satu Kedatangan/ The Arrival



Pernah terdengar atau terbaca tajuk ini bukan? Pastinya kebanyakan dari kalian telahpun menyaksikan video tersebut. Video yang memaparkan kajian berkenaan pergerakan Freemason ataupun dalam bahasa arabnya `almasuniyyah` yang dibuat oleh Noreagaa dan Archernahr Production. Mereka menjelajah keseluruh Amerika bagi mendapatkan segala maklumat berkenaan pergerakan ini. Satu perkongsian yang sangat menarik.

Mungkin ramai yang telah mengetahui berkenaan pergerakan ini melalui pembacaan dan mungkin masih ramai lagi yang belum mengetahui. Walaubagaimanapun, sudah banyak buku-buku yang diterbitkan menulis berkenaan freemason.

Video ini perlu ditonton oleh semua. Realitinya, era moden kini tidak ramai yang berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan sebegini yang diletakkan dalam kategori `bacaan berat`, mungkin tayangan video bersiri ini sebagai penggantinya. Sedarlah, musuh sentiasa merancang untuk menjauhkan umat Islam dari Islam bahkan perancangan mereka sangat teliti! Bukan mudah untuk mereka menyiapkan video tersebut! Pelbagai ujian yang mereka hadapi.

Melalui video ini, banyak pendedahan yang telah mereka bongkar. Satu perkara yang menarik berkenaan video ini ialah jalan ceritanya yang tersusun. Juga mudah untuk difahami. Anda seakan-akan ternanti-nanti untuk menyaksikan videos seterusnya. Tidak percaya? Silalah saksikannya. Tidak dapat dinafikan, ada beberapa adegan video tersebut yang agak menjolok mata. Hakikatnya, itulah agenda yang mereka telahpun mereka tanamkan ke dalam pemikiran kita selama ini.

Buku berkenaan Freemason juga pernah diterbitkan dibawah terbitan PMRAM yang ditulis oleh Ustaz Nik Azran Muhamed dan Ustaz Mohd Mahadi Isa. Juga turut diterbitkan di Malaysia dan mendapat perhatian oleh akhbar Berita Harian.


Iqra: Mengenali ancaman Yahudi, Freemason

Nama Buku: Gerakan Freemasonry - Musuh dalam Menghancurkan Islam
Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Pengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar.

BAGI mereka yang ingin mengetahui komplot Yahudi memerangi musuh terutama Islam, buku mengenai Freemason dan Zionis tentunya menjadi kitab wajib untuk diteliti bagi mengetahui gerakan dan dakyah secara sulit atau terangan yang dilakukan untuk melemahkan pengaruh umat goyim (bukan Yahudi) di bumi ini.

Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam yang ditulis oleh Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa mempunyai jawapan yang lengkap mengenai persoalan berkenaan. Pengarang memberi maklumat lengkap berserta nota kaki yang panjang mengenai pengertian, prinsip, matlamat dan cabang gerakan Freemason yang berakar umbi sejak abad 17 lagi.

Pengarang membuat rujukan lengkap terutama dari makalah dan buku dalam bahasa Arab bagi menguatkan hujah mengenai gerakan berkenaan yang bermula di Britain sehingga berkembang di Amerika Syarikat yang kini menjadi pusat utama gerakan Freemason yang bermatlamat menguasai kerajaan di dunia ini supaya patuh kepada telunjuk Yahudi.

Malah pengarang turut mengaitkan meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua dicetuskan oleh kelompok Yahudi sebagai laluan bagi penubuhan negara Yahudi di tanah Arab yang akhirnya dunia selepas Perang Dunia Kedua terpaksa tunduk bagi penubuhan negara Israel.

Buku ini turut mengemukakan hujah mengenai perbezaan dan persamaan antara Zionis dan Freemason, yang kedua-duanya bergerak serentak bagi mengekalkan penguasaan Yahudi para peringkat antarabangsa melalui penguasaan ekonomi, politik dan media. Malah senarai panjang mengenai syarikat Yahudi yang menguasai ekonomi, perbankan, media dan kemasyarakatan turut disertakan untuk rujukan pembaca.

Dalam pada itu pengarang buku ini, turut membuat kajian teliti mengenai peranan Freemason dalam menjatuhkan Khalifah Islamiah Uthmaniah di Turki sehingga berjaya mengangkat Mustafa Kamal Attaturk yang didakwa berketurunan Yahudi, sehinggakan Turki terus berubah dari negara Islam kepada sekular. Peranan Kamal Attaturk memusnahkan sistem Khalifah Islam di Turki dengan memperkenalkan pembaharuan dan pemodenan diberi gambaran jelas, sehingga menyebabkan umat Islam di seluruh dunia kehilangan tonggak kepemimpinan Islam sehingga kini masih dirasai.

Mungkin kesilapan pengarang menggunakan gambar masjid berkubah kuning sebagai masjid al-Aqsa, sedikit mengelirukan pembaca. Sebenarnya, gambar masjid berkubah kuning yang sering ditonjolkan media antarabangsa di bawah pengaruh Yahudi sebenarnya bukan Masjid al-Aqsa, walaupun terletak dalam kompleks Masjid al-Aqsa. Sebaliknya masjid al-Aqsa sebenarnya, cuba dihilangkan dari pandangan masyarakat Islam melalui momokan media antarabangsa bagi membolehkan agenda buruk mereka memusnahkan masjid berkenaan tercapai.

Apapun, buku ini menarik untuk dibaca dan banyak maklumat terkini boleh dikutip bagi mengingatkan masyarakat Islam mengenai musuh yang tidak pernah berputus asa untuk menghancurkan Islam, sejak dulu sehingga kini, sehingga Allah menghentikannya.
(rujukan : arkib berita harian)


Saya tidak mahu mengulas panjang. Saya juga masih lagi terus menyaksikan video tersebut untuk kesekian kalinya. Masih banyak maklumat yang saya ingin dapatkan. Video berkenaan pergerakan Freemason ini boleh dilihat pada link berikut ( versi terjemahan bahasa melayu) :

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/10/satu-ketibaan-arrival-versi-malaysia.html?widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=toggle&dir=open&toggle=MONTHLY-1251734400000&toggleopen=MONTHLY

http://www.youtube.com/watch?v=ixhZfl1jFcs&eurl=file%3A%2F%2F%2FC%3A%2FProgram%2520Files%2FYahoo!%2FMessenger%2FHHDKPp.05yhA1c6hWC.l1A--&feature=player_embedded#t=211

p/s : wake up people!

Wednesday, November 18, 2009

Semakin bercelaru

Dua hari yang lalu, telah genap sebulan Majlis Kutub Sittah dilaksanakan. Akan tetapi, isu berkenaan Majlis ini masih lagi hangat diperkatakan. Apabila melibatkan banyak pihak, semakin banyak fakta yang dikeluarkan. Bahkan, saya juga tertanya-tanya siapakah pelajar yang berhubung terus dengan YB Zulkifli Nordin ketikamana isu ini dibangkitkan oleh beliau di sidang Parlimen. Mungkin ada beberapa fakta yang perlu diperbetulkan.

Terlalu banyak spekulasi yang ditimbulkan. Lebih-lebih lagi dalam shoutbox saudara Syafiq Zulakifli selaku mantan penasihat PMRAM. Dalam isu ini, PMRAM masih lagi menjadi sasaran beberapa pihak walhal sudah nyata PMRAM sedang dizalimi. Isu ini sudah selesai? Usah bermimpi disiang hari. Kalau tidak tahu, silalah bertanya pada yang tahu!

Saya juga dikhabarkan, selepas isu ini bangkit di Parlimen, Pengarah JPMK diminta pulang untuk membuat penjelasan. Barangkali, saya berfikir saya juga perlu membuat kenyataan dan juga beberapa penjelasan sekiranya `ada` kesamaran dan kesalahan fakta.

Saya bersedia memberi sebarang keterangan jika diperlukan...

Tuesday, November 17, 2009

Kebenaran akan tetap benar

Salam buat semua, Alhamdulillah... Saya selamat tiba di bumi Malaysia tercinta. Terubat jua rindu pada keluarga tercinta. Tiga tahun tidak pulang, terlalu banyak perubahan yang dapat saya lihat. Baru hari ini dapat saya menjenguk ke blog saya. Penerbangan menaiki flight Qatar Airways, sempat singgah di Doha dan terus ke KLIA selepas hampir sepuluh jam penerbangan.

Dua hari saya tidak membaca apa-apa berita dari Mesir. Ketika membaca surat khabar pada pagi tadi, ada satu berita yang menarik perhatian saya. Rupa-rupanya, berita mengenai Majlis Pembacaan Kutub Sittah semakin mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi di Malaysia.


Penulis Bersalaman dengan Fadhilatul Mufti

MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir
Nov 16, 09 12:33pm
Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAM sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Sebelum ini, isu ini telahpun disebutkan oleh YB Zulkifli Nordin ( PKR-Kulim Bandar Baru ) di dalam Parlimen Malaysia. Lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=related

Kebenaran tetap kebenaran. Saya hanya berharap pihak JPMK tidak membuat kenyataan untuk membela diri jika memang jelas ianya adalah salah. Sila profesional dalam segala tindakan dan adil pada semua mahasiswa.

Juga boleh lihat kenyataan daripada Ustaz Nasarudin Tantawi di sini http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/pmram-terus-dizalimi.html . Kenyataan beliau juga telah dimasukkan ke dalam surat khabar Sinar Harian bertarikh 17/11/09 di ruangan info." Pengarah MSD tidak profesional"


Fadhilatul Mufti menyampaikan ceramah sekaligus ucapan menutup majlis

p/s : Moga Allah golongkan kita bersama mereka yang sentiasa berkata benar dalam apa jua situasi dan keadaan... amin.