Lama rasanya blog ini bersarang. Kawan-kawan pun sudah ada yang bising-bising. Sebenarnya pada saya blog merupakan medium yang terbaik untuk kita belajar menulis. Pedulikan apa orang cakap, akan tetapi kritikan yang baik perlu diambil terutama dari kawan-kawan kerana kawan-kawanlah cermin yang terbaik buat diri kita. Musim peperiksaan yang telah berlalu agak melegakan hati dari satu sudut, dari sudut yang lain pula, risaukan pada keputusan yang bakal keluar. Apa-apa pun tinggal doa dan pengharapan pada yang Maha Esa. Doa dari kawan-kawan amat diharapkan. Apabila sebut tentang kawan, terkenang pada seorang teman. Dia menjadi `peneman` setia sepanjang musim peperiksaan yang lalu. Juga menjadi pembonceng yang setia. Setiap kali peperiksaan pergi bersama. Siapa lagi kalau bukan saudara Azrul. Hampir sebulan kami bermukim di pejabat bersama. Terasa sedikit kemanisan ukhwah berputik. Berbanding tahun lalu, boleh dikatakan saya berseorangan dan jarang bersama kawan-kawan yang lain. Hakikat yang tidak dapat kita lari, hampir separuh kehidupan kita dicorakkan oleh kawan disekeliling kita. Malahan hampir 100% kawan mengetahui baik dan buruk kita. Suka atau tidak, itulah fakta yang perlu diakui walaupun tanpa merujuk mana-mana kajian sarjana.

Kawan mahal harganya buat mereka yang menghargainya. Tanpa kawan seolah-olah hidup

ini tiada warna dan serinya. Bak kata Almarhum Buya Hamka : “Persahabatan adalah satu-satunya pintu kemerdekaan kita. Banyak perkara yang tak dapat kita nyatakan kepada isteri kita sendiri sekalipun, tetapi dapat dinyatakan kepada sahabat. Sebab itu persahabatan yang jujur itu adalah salah satu dari tangga kejayaan”.


Mungkin ada yang membezakan di antara kawan, teman, sahabat, rakan dan lain-lain perkataan lagi, hatta Allah ta`ala juga menggelarkan nabi Ibrahim Alaihissalam dengan gelaran `Khalilullah` , apa yang lebih penting selagi mana ia atas talian yang ikhlas lillah, kemanisan akan Allah campakkan ke dalam hati kita. Jadilah sebagaimana baginda saw bersahabat dan sebagaimana sahabat-sahabat baginda mengakrab persahabatan bersama Ansar dan Muhajirin hingga Allah campakkan di dalam hati mereka kasih yang tidak berbelah bagi sesama mereka.




Sebagaimana hadith dari baginda s.a.w. : “Tidak sempurna iman seseorang hingga dia mengasihi sahabatnya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri”. Tidak akan sama orang yang mengasihi sahabatnya dengan mulut dengan orang yang mengasihi sahabatnya dengan hati. Itulah istimewanya perhubungan atas landasan iman dan taqwa. Jadilah seorang teman yang sentiasa bermanfaat untuk teman yang lain.


Sentiasa ada apabila diperlukan bahkan saling memerlukan untuk membawa agama Allah. Moga kita saling berkasih sayang kerana Allah.. Uhibukum fillah…

“Sesungguhnya seorang muslim itu, apabila berjalan di jalan dakwah ia tidak berjalan dengan hatinya sahaja, dibawa bersama hati saudaranya, justeru setiap pahala yang didapati sepanjang perjalanannya pasti akan terbias untuk saudara seperjuangannya” - Mustafa Masyhur

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, June 24, 2009 1 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS