" Pemimpin datang dan pergi"

Ungkapan ini sering diucapkan tatkala pengakhiran pentadbiran bagi sesebuah organisasi. Hari ini juga bakal berlangsung dua lagi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi negeri Selangor dan Terengganu. Seharusnya peluang MAT yang hanya sekali sahaja setahun perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sepanjang pengamatan saya, kadang kala MAT ini tidak diertikan dengan sebaiknya oleh sesetengah pihak. Ruang yang sepatutnya digunakan untuk membincangkan hala tuju dan masa depan sesebuah organisasi, dijadikan medan untuk mencari kesalahan dan menghentam pihak pimpinan. Walhal sepanjang tempoh setahun yang ada, langsung tidak membantu dan menunjuk muka.

Segera berubah. Jadikanlah MAT ini medan untuk berfikir dan menjana idea memajukan organisasi. Kekurangan dan kelemahan pimpinan yang lama dijadikan batu loncatan untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Jika semua orang berfikiran sebegini pastinya pimpinan yang diamanahkan tidak merasakan mereka bersendirian memacu organisasi.

Sekadar pandangan. Sepatutnya MAT dibuka seluas-luasnya ruang untuk hadirin memberi pandangan dan idea mereka, bukannya peruntukkan masa yang panjang untuk membentang laporan dan muhasabah supaya permasalahan dan penyelesaian dapat dibincangkan dengan lebih lumat.

Selamat bermesyuarat/ berbincang. Bagi pimpinan yang bakal naik, selamat bertugas dan memikul amanah. kalian adalah harapan ummah.

Bersama menghayati ucapan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu`izz Muhammad.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله العزيز الحكيم و الصلاة و السلام على رسول الله الصادق الأمين

Bantu membantu merupakan salah satu daripada prinisp kerja berkebajikan di dalam Islam. Sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya;

"وتعاونوا على البر و التقوى"
“Dan bantu-membantulah di dalam perkara kebajikan dan taqwa” al-Maidah ayat 2

"لأن يمشى أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا"
“Jika seseorang dari kalian keluar demi menunaikan hajat saudaranya lebih baik baginya dari beri’tikaf di masjidku ini sebulan”

Kalam Rasulullah S.A.W di atas menunjukkan betapa Islam mementingkan cara hidup berkebajikan di kalangan umatnya. Untuk melaksanakan hasrat tersebut, memerlukan satu sistem organisasi yang lengkap supaya segala gerka kerja licin dan teratur. Maha Suci Allah yang menyediakan cara hidup yang sempurna, telah menentukan satu sistem organisasi yang tidak terdapat di dalam dogma-dogma lain selain Islam.

Perbincangan tanpa kasta antara pimpinan dan pendukung adalah satu kemestian bagi organisasi yang mendukung Islam. Syura menyediakan ruang untuk berbincang, berbahas dan mengkritik secara berdisiplin.

Saya mengira bahawa pendukung-pendukung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah matang agar dapat membawa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dengan roh kesedaran yang kuat akan tanggungjawab kita bersama untuk Islam.

Islam lebih memerlukan golongan yang berkhidmat dari golongan yang hanya pandai mengkritik. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan di dalam bukunya al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Murahaqah Ila al-Rusyd;

“Sesungguhnya lebih penting kita membuat kerja yang positif walaupun pun tidak terpelihara daripada kesalahan, daripada golongan yang hanya duduk tidak berbuat apa-apa melainkan mengkritik mereka yang bekerja”

Jadikanlah Mesyuarat Agung Tahunan kali ini medan perbincangan dan muhasabah yang sihat demi meningkatkan kualiti kerja dan berfikir kita. Ini merupakan satu sesi pembelajaran sebelum anak-anak didikan PMRAM ini kembali ke tanah air membawa gelombang kesedaran generasi muda yang sayangkan perjuangan Rasulullah S.A.W.


Selamat Bermesyuarat

Abdul Mu’izz Muhammad
Presiden PMRAM 09


Suasana MAT DPM Tanta


MAT DPM Maqaz Shoubro

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, October 7, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS