Menjadi khalifah Allah di muka bumi bukanlah bererti kita mempunyai kekuasaan dan taraf yang berbeza. Bahkan khalifahnya seorang mu`min ibarat hamba kepada rakyatnya ( Sayyidul Qaumi Khadimuhum ). Sebagai seorang pimpinan, kita tidak dapat lari daripada bermasyarakat. Apatah lagi hidup di berpersatuan. Di dalam kita bermasyarakat ada adab dan akhlaknya. Tidak ada panduan yang terbaik untuk memandu kita di dalam berakhlak melainkan Al Quran dan Sunnah Baginda saw. Sabda baginda saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Sebagai panduan kita di dalam bermasyarakat, saya ingin berkongsi bersama kalian Tafsiran daripada surah Al Hujurat. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat buat kita bersama.

( Tafsir Al Munir oleh Syeikh Doktor Wahbah Az Zuhaili )

Surah Al Hujurat merupakan surah yang ke 18 dan merupakan surah madaniyyah. Dinamakan surah ini dengan nama Al Hujurat disebabkan teguran Allah ta`ala kepada sebahagian masyarakat Arab yang memanggil baginda saw dari belakang rumahnya ( iaitu dari bilik-bilik isteri-isteri baginda saw, sebagai larangan menyakiti baginda saw dan menghormati isteri-isteri baginda saw.

Surah ini juga dinamakan dengan surah "Al Akhlak dan Al Adab" kerana surah ini mengajar kita kepada adab bermasyarakat, kaedah bergaul, dan mengajak kepada akhlak yang mulia dan kelebihan beramal. Asas-asas adab ini terbahagi kepada 5 bahagian :

1) Taat kepada Allah dan Rasul
2) Memuliakan perihal Baginda saw
3) Mengisbat akan sesuatu berita yang didengari
4) Larangan menyakiti manusia
5) Larangan mengintip, menipu dan berburuk sangka

Secara umunya, surah ini meliputi hukum-hukum berkaitan institusi Masyarakat Islam yang dibina atas sistem tarbiah yang ampuh dan akhlak yang mulia hinggakan ia dinamakan dengan surah "Al Akhlak" bertepatan dengan perintah memelihara akhlak dan menjaga adab. Adab-adab pula terbahagi kepada dua bahagian.

Yang pertama : Adab khusus

Pada permulaan ayat ini, Allah ta`ala menceritakan kepada kita hubungan di antara nabi saw dan umatnya. Diperintahkan kepada kita untuk mentaati Allah dan RasulNya dan larangan bercanggah dengan keduanya. Kemudian diikuti pula dengan perintah merendahkan suara ketika berbicara dengan Baginda saw. Orang-orang beriman diminta supaya memanggil Rasulullah dengan sifat kenabian baginda saw bukannya dengan nama mahupun gelaran baginda saw sebagai meninggikan darjat baginda saw.

Yang kedua : Adab umum
Selepas berbicara tentang adab secara khusus bersama baginda saw, surah ini berbicara pula tentang adab sesama masyarakat umum. Iaitu hubungan sesama manusia. Di dalam surah ini, kita diminta supaya meneliti akan sesuatu khabar yang didengari, bukannya menerima tanpa usul periksa dan sumber yang betul. Juga perintah untuk memperelokkan di antara dua kumpulan yang bertelagah.

Dipaparkan juga saranan untuk membina persaudaraan dan kasih sayang sesama orang beriman, menjauhi dari perpecahan jemaah dan memulakan pertelingkahan, menimbulkan sentimen kebencian dan hasad dengan sebab sakit hati dan lain-lain. Larangan ini meliputi seluruh kaum Adam dan Hawa samada dengan sebab sangka buruk, mengintip ( jaga tepi kain orang ) ataupun menipu.

Dipaparkan juga kepada kita prinsip persaudaraan insan, kesamarataan antara bangsa dan individu dari pelbagai latar belakang. Tidak ada permusuhan dan perbezaan taraf, adapun kelebihan seseorang itu dinilai disisi Allah berdasarkan ketaqwaan, amal soleh dan akhlaknya yang mulia.

Surah ini ditamatkan dengan menceritakan perihal golongan Badawi. Juga disebutkan perbezaan antara iman dan Islam dan sifat-sifat serta syarat-syarat mu`min yang sempurna.

Sebab turun ayat

Doktor Wahbah Az Zuhaili mendatangkan beberapa dalil penurunan :
1) Diturunkan ayat "Ya Ayyuhal lazi na Amanu la Tuqaddimu... pada pertelingkahan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radhiAllah `anhuma dihadapan Nabi saw pada pelantikan Al Qa`qa` bin Ma`bad ataupun Al Aqra` bin Habas. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selainnya

2) Ayat " La tarfa`u ashwatakum..." Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah : Mereka lantang ketika berbicara dan mengangkat suara-suara mereka lalu turunlah ayat ini...
Diriwayatkan bahawa ayat ini turun kepada Thabit bin Qais bin Shammas yang bermasalah pada telinganya menyebabkan apabila beliau berbicara beliau akan mengangkat suaranya. Adapun beliau berbicara bersama Rasulullah saw dan menyakiti Baginda saw maka turunlah ayat ini...

Untuk permulaannya, saya berhenti dahulu di sini. Saya akan sambung lagi bicara kita pada lain masa.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, November 8, 2009

1 Responses to Bicara bersama Surah Al Hujurat

  1. Baby H Says:
  2. Assalamualaikum. Harap perbetulkan . Surah Al Hujurat bukan Surah 18 tapi Surah 49. Sila berhati2 dalam berkongsi ilmu.

     

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS