Segala syukur dipanjatkan kepada Allah, memberi izin kepada kita untuk menempuh Ramadhan pada kali ini, Doa yang diajarkan oleh Baginda kepada kita telahpun Allah perkenankan " Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan Sya`ban dan sampaikanlah kami kepada bulan Ramadhan". Allahumma amin. 30 hari yang bakal kita lalui, menjanjikan ganjaran yang pelbagai dan berganda-ganda. Amat malang bagi sesiapa yang gagal merebutnya.
Peranan Madarasah Ramadhan
Saya ingin berkongsi, beberapa hikmah Ramadhan yang disebutkan oleh Dr Yusuf Qardhawi dalam kitabnya " Al `Ibadah fil Islam". Diantaranya ialah :

1. Bulan menambah kekuatan rohani
     Sebelas bulan lamanya kita bergelumang dengan kehidupan yang penuh ujian sebelum memasuki Madrasah Ramadhan. Kita diuji dengan perkara kebaikan, juga dicabar dengan mehnah kejahatan dan iblis. Dalam Ramadhan, kejahatan iblis telah dihilangkan. Ini membuka peluang kepada kita untuk membaiki rohani seterusnya menambah kekuatan roh.



       Para Ulamak mengibaratkan roh dan jasad ini seumpama sebuah rumah dengan penghuninya. Jasad umpama rumah dan roh adalah penghuninya. Ketenangan dan kedamaian sesebuah rumah bergantung sejauh mana peranan tuan rumah untuk mencantikkan dan menghiasnya. Begitu jugalah dengan roh dan jasad, jika roh tidak mampu menghidupkan jasad, secantik mana pun jasad, segagah mana pun badan, tetap tidak akan `hidup`. Beitu juga misalnya sebuah motosikal dengan body yang cantik, sentiasa dibasuh dan digilap. Tetapi enjin tidak pernah dijaga, minyak tidak diisi, bateri tidak dicas, motosikal akan mejadi tukun semata-mata yang tidak boleh bergerak ke mana-mana.

        Roh adalah kunci utama bagi jasad. Sabda Nabi saw " Sesungguhnya dalam jasad itu ada seketul daging, jika rosak maka rosaklah jasad seluruhnya, jika elok maka eloklah jasad seluruhnya, iaitulah hati". Penuhilah Ramadhan ini dengan dengan tadarus Al Quran, Qiamullail, sedekah dan amalan-amalan sunat yang lain.
 
2. Bulan menahan keinginan
        Naluri insan yang normal pasti mempunyai keinginan, dan manusia mempunyai keinginan  yang pelbagai serta berbeza-beza. Islam mendidik manusia dengan syariat dan syariat inilah yang akan mengawal keinginan manusia. Kalaulah `iradhah ini dipandu oleh akal semata, nescaya akan binasa dan rosak umat ini seperti mana yang kita lihat sekarang ini. Apabila manusia mula menjauhi agama, telah nyatalah pelbagai kebinasaan dek perbuatan mereka sendiri.

       Satu kajian telah dibuat oleh pakar psikologi German berkaitan dengan sifat keinginan. Beliau mengatakan antara cara yang terbaik untuk menundukkan dan menahan keinginan manusia ialah dengan berpuasa iaitu menahan lapar. Perihal ini telah diajarkan kepada umat Islam sejak 1400 tahun yang lalu oleh Baginda saw. Subhannallah! Sabda Nabi saw: Wahai para pemuda ! Barangsiapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya”. (Hadits Shahih Riwayat Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud dan Baihaqi).

3. Bulan persediaan berjihad
        Ulamak membahagikan kekuatan manusia kepada tiga bahagian iaitu kekuatan syahwat yang menyerupai haiwan ternakan, kekuatan marah yang menyerupai haiwan pemangsa dan kekuatan rohani yang menyerupai malaikat. Apabila kekuatan roh mampu menguasai ke atas kedua-dua kekuatan yang berbaki ia merupakan sebahagian daripada sabar. Bulan ini melatih kita menahan sabar, mengawal keinginan dan menguji ketahanan seorang muslim. Kesemua ketahanan ini wajib dilalui untuk mereka yang ingin berperang. Mana mungkin seorang perajurit memasuki medan tanpa mengadakan sebarang latihan. Maka madrasah Ramadhanlah tempatnya. Kesabaran yang kita lalui sepanjang 30 hari yang mendatang adalah buah untuk jihad.

       Sejarah melakarkan, umat Islam hebat diuji sepanjang Ramadhan. Ini dibuktikan dengan siri-siri peperangan yang dihadapi oleh umat Islam. Hal ini kerana golongan kafir menganggap Ramadhan merupakan bulan umat Islam paling lemah kerana mereka beri`tiqad bahawa kekuatan yang sebenar adalah kekuatan jasmani walhal kita beriman sebaliknya. Diantara peperangan yang dihadapi oleh umat Islam ialah Badar Al Kubra, pembukaan Kota Andalus,peperangan Zallaqah, peperangan Tatar dan penawanan Garis Bar Lev di Semenanjung Sinai. Kesemua ini dimenangi oleh umat Islam.

Bulan bekerja
       Jika diamati, Islam ingin mengajar kita bahawa kerja dakwah itu tidak pernah berhenti. Sekalipun kita berhadapan dengan kepayahan dan keletihan di bulan Ramadhan, kerja dakwah mesti diteruskan bahkan dipertingkatkan. Musuh Islam cukup terkenal dengan sikap mengambil kesempatan di atas kelemahan umat Islam, dan tidak pernah berhenti merancang untuk menjatuhkan Islam. Selayaknya para pemuda yang menjadi tonggak kekuatan sesuatu peradaban cakna akan perkara ini.

       Kata Dr Qardhawi “ Orang yang paling layak untuk meletakkan perancangan dan melakukan pengkajian strategik adalah mereka yang bergiat cergas dalam pertubuhan pergerakan Islam”. Di dalam bekerja pelbagai pengalaman akan didapati, dari situlah ianya dijadikan  sebagai modal untuk membumikan idea-idea yang ada. Mana mungkin orang yang tidak pernah bekerja, menyuruh untuk orang lain bekerja.

Mudah-mudahan kita tergolong bersama mereka yang berterusan bekerja untuk Islam. “Ya Allah jauhkan kami dari golongan yang berkata-kata tetapi tidak melaksanakan apa yang kami kata”.
       Kesempatan yang ada pergunakan sebaiknya untuk terus memberi jasa kepada Islam berdasarkan posisi masing-masing. Mudah-mudahan setiap yang kita lakukan dikira sebagai amal ibadah disisi Allah ta`ala.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, August 12, 2010

1 Responses to Peranan Madrasah Ramadhan

  1. ahlan buat ramadhan yg kunjung tiba,moga kita diantara insan bertuah dikala sebulan mengikuti madrasah tarbiyah oleh Tuhan Yang Maha agung..tiada erti buat diri jika berlalunya ramadhan tanpa diampunkan dosa2nya..Ya Allah ampunkanlah dosa2 kami semua..amin.

     

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS