"Perjalananku sangatlah jauh..." kata Akhil Hai dalam nasyidnya, begitu jugalah kita, perjalanan kita masih jauh nun disana. Perjalanan peperiksaan saya pun masih jauh lagi,hehe .. alhamdulillah, telah menduduki dua subjek yang awal dan masih lagi berbaki enam subjek. Doakan saya! Dalam waktu senggang yang ada, saya cuba untuk memperbaiki dan menambah baik blog saya ini. Sekadar yang termampu.

Perjalanan kita sebagai siswa dibumi Mesir selayaknya menjadikan kita dikalangan mereka yang bersama dengan ulama`. Atau dengan kata lain kita berada di atas landasan pewaris para anbiya`. Akan tetapi, perlu diingatkan juga Mesir juga adalah bumi di mana bersemadinya jasad mereka yang menentang perjuangan para anbiya`.Yang pasti pulangnya kita nanti adalah untuk bersama-sama dengan mereka yang meneruskan perjuangan para nabi ini.Persoalan yang kita perlu sentiasa tanya pada diri kita, adakah kita berada di lorong tersebut?

Untuk bersama mereka, memerlukan kesungguhan kita sendiri. Ujian kecil yang kita sedang lalui ini perlu dilalui dengan baik. Jika silibus peperiksaan pun belum mampu kuasai bagaimana untuk kita menguasai silibus ummah? Waktu lapang yang ada gunakanlah sebaik-baiknya. Pada pendapat saya, musim peperiksaan di bumi Mesir sebenarnya musim yang lapang. Mungkin kerana saya berada dalam organisasi, maklumlah habis sahaja musim peperiksaan bertimbun-bertimbun kerja yang perlu dibuat. Tambahan pula, PMRAM semakin menghampiri tempoh akhir penggal 2008 pada Mac ini. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan. sebagai contoh , menulis blog inilah.hehe..

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, perjalanan kita masih jauh. Jika hidup kita tidak diatur dengan baik, kita mungkin akan berada jauh daripada golongan pewaris nabi, na`uzubillah kita mohon jauh. Mengapa saya katakan begitu? Jawapannya ada pada kalian bukan? di bumi Mesir ini, tidak ada orang yang mengatur kehidupan kita. Semuanya harus dilakukan sendiri, semuanya bergantung atas kesedaran kita sendiri, semakin banyak sumber yang kita cari, semakin banyak input yang kita akan dapat. nak jadi pakar agama? designer? blogger? dan lain-lain lagi, semuanya atas kita.

Kita selalu mendengar kritikan terhadap Azhar yang pelbagai, semuanya tak lain menghentam sistem Al Azhar. Ya, saya juga tidak menafikan, memang ada kelemahannya, akan tetapi janganlah sampai kita tidak mengambil manfaat yang terlalu besar sepanjang berada di sini. Baiknya sistem sesuatu tempat bukanlah kayu ukur tahap kejayaan seseorang dan lemahnya sistem sesuatu tempat bukan juga menandakan kita tidak ada kualiti! Tepuk dada tanya minat. Dibumi inilah lahirnya ramai ulama`-ulama` besar yang mendokong Islam baik di Malaysia mahupun ditempat-tempat lain.

Saya juga tidak berhasrat berceloteh panjang. Masih banyak silibus yang perlu dibaca. Untuk akhirnya, marilah kita hayati pesanan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya. Perjalanan yang masih jauh, buat kita yang bergelar pemuda. Pesanan ini saya tujukan buat diri saya dan semua yang membaca blog ini :

Waspadalah -wahai pemuda- terhadap seruling kejahatan yang memperindahkan
kepadamu kemungkaran...
Waspadalah terhadap bisikan syaitan yang mempermudahkan bagi kamu jalan
kemaksiatan...

Waspadalah terhadap bisikan hawa nafsu ammarah yang menyebabkan kamu suka
memasuki pasar fitnah...

Berhati-hatilah daripada terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu yang menggalakkan
kamu melakukan maksiat.

Dan akhirnya berwaspada dan berwaspadalah... daripada menonton filem lucah, bogel dan
yang memberangsangkan keinginan seks, kerana ia akan membawa kamu kepada
kekotoran syahwat dan kekejian.

Bahkan saya katakan kepada kamu dengan terus terang wahai pemuda: Berwaspada...
berwaspadalah... daripada segala yang menimbulkan keghairahan, mencemari kemuliaan,
merangsangkan syahwat, membunuh kemuliaan, menjatuhkan maruah, melemahkan tubuh
badan, melumpuhkan daya ingatan, meluputkan keperibadian dan meletakkan kamu di
pintu kemungkaran...

Sesungguhnya jalan penyelesaian yang positif dan praktikal untuk membebaskan diri
daripada semuanya ini -wahai pemuda- ialah dengan cara memperdalamkan akidah
rabbaniah di dalam dirimu, mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang bermanfaat
untuk kehidupanmu, bersahabat dengan ahli taqwa dan iman dan bergabung dengan
jemaah Islamiah yang sentiasa bekerja untuk mentarbiah dan membentuk kamu... Dengan
cara itu kamu akan lahir sebagai manusia yang soleh dan hamba yang bertaqwa serta teguh
berada di jalan lurus. Bahkan kamu mampu memberikan contoh teladan yang baik kepada
orang lain. Ketika kamu berjalan di tengah orang ramai mereka akan memerhatimu.

Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh...
Jumaat | 16.1.2009 | 8.20pm

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, January 16, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS