Tanggal 22 hingga 24 Februari saya sekali lagi mengiringi rombongan HEWI PMRAM menuju ke Semenanjung Sinai. Walaupun penyertaan SEMAI siri dua ini sedikit berkurangan, akan tetapi perjalanan pada kali ini adalah lebih baik dari siri pertama. Sepertimana yang lalu, peserta akan berkumpul di rumah Kelantan untuk mendengar taklimat dari urusetia sebelum bertolak sekitar jam 2 pagi dan sampai di `check point` pertama kami di perhentian nafaq Ahmad Hamdi sejam setengah kemudian. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang laporan perjalanan sepanjang tiga hari disana, mungkin boleh didapati daripada peserta-peserta yang menyertai rehlah ini.

Sepanjang perjalanan , Ustaz Abdul Rahim Kamaruzzaman dan Ustaz Mohd Syukri Che` Mat bertindak sebagai musyrif menerangkan setiap tempat-tempat yang bersejarah. Saya juga memainkan peranan saya sebagai juru kamera,hehe..

Bumi Sinai menjadi saksi pelbagai peristiwa dan sejarah yang menarik sejak zaman para Anbiyak hinggalah bumi ini bebas dari tangan para penjajah dan kembali ke pemerintahan kerajaan Mesir ( perang 1973). Terowong Ahmad Hamdi, Uyun Musa, Kubu Israel, Kubu Salahuddin, Wadi Feiron, Wadi Muqaddas, kisah tujuh rahib yang membantu Islam memerangi Rom, maqam Nabi Harun dan Nabi Saleh dan Bukit Sinai masing-masing menyimpan sejarah yang memerlukan pembacaan dan kajian mendalam untuk membongkarnya. Di antara tempat yang perlu diberikan perhatian ialah di Uyun Musa, Wadi Arba`in dan juga maqam Nabi Saleh kerana ketiga-tiga tempat ini mempunyai perbezaan pendapat yang banyak dan memerlukan satu kajian yang teliti, sebagai contoh berkenaan kedudukan maqam Nabi Saleh terdapat 4 khilaf dikalangan muarrikh dan ada yang mengatakan ianya adalah maqam Syeikh Saleh bukannya Nabi Saleh. Begitu juga dengan penaklukan semula Semenanjung Sinai dari tangan Israel. Dikatakan terdapat sebanyak 36 kubu pertahanan yang ada Semenanjung Sinai ini dan 18 buah darinya terletak di kawasan sekitar sepanjang 103 km di Suez.

Walaubagaimanapun hingga kini hanya 3 sajaha kubu yang popular dan dikenali iaitu Panorama Barlif ( yang biasa dilawati oleh pelajar kita) , Talsalam dan Tabah Syajarah. SEMAI09 HEWI PMRAM melakar sejarah pada tahun ini apabila membuka 3 tempat baru selaku rombongan pertama PMRAM yang sampai disana iaitu Nusub Tizkari, Talsalam dan Tabah Syajarah. Tahniah buat HEWI.

Kesemua sejarah di tempat-tempat ini telah disentuh dengan jelas oleh kedua-kedua musyrif. Terutama sejarah Nabi Musa yang agung di puncak Bukit Sinai. Sebagai penutup bicara saya ingin menyentuh kisah pertemuan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Disebutkan di dalam surah Al Kahfi bermula ayat 60 hingga 82 tentang bagaimana Nabi Musa tatkala ditegur oleh Allah hinggalah Nabi Musa menerima pelajaran dari Nabi Khidir as. Kisah ini bermula apabila Nabi Musa a.s berkhutbah dihadapan kaumnya kaum Bani Israil. Kemudian baginda ditanya, “ siapakah yang paling alim didunia?” lalu Nabi Musa menjawab “akulah yang paling alim” . lantas ditegur oleh Allah dan Allah menyatakan bahawa ada seorang hamba yang lebih alim dari baginda di kawasan pertemuan dua laut (disebutkan oleh Doktor Ahmad Ghalusy dalam kitabnya bahawa pertemuan dua laut ini adalah di kawasan Ra`s Muhamad yang terletak betul-betul dihujung Selatan Sinai) . Sahabat-sahabat boleh membacanya pada kitab Dakwah Arrusul alaihimussalam yang dikarang oleh Ustaz Doktor Ahmad Ahmad Ghallusy yang merupakan bekas `Amid( Dekan ) Kuliah Dakwah yang lalu.

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian untuk kita bersama-sama menghayati kisah ini dengan sebenar-benar penghayatan lebih-lebih lagi kita masih lagi bergelar sebagai pelajar Al Azhar. Seorang Nabi masih lagi sanggup bersusah payah menuntut ilmu apatah lagi perihal kita yang belum pasti dimanakah kedudukan kita. Musim kuliah sudahpun bermula ditambah kerancakan pengajian di setiap BKAN, DPM dan Al Azhar itu sendiri. Peluang keberadaan kita di bumi Mesir ini sepatutnya dihabiskan dengan pengajian bersama-sama para Masyaikh Arab yang ramai disamping melatih kemahiran kita dengan berpersatuan. Ayuh kita pakat mengaji!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, February 27, 2009

1 Responses to Bicara SEMAI II

  1. Tarbus Merah Says:
  2. 1) Sebelum posting, sila pastikan tatabahasa anda betul. Masalah paling ketara adalah di-xxx. Yang perlu jarak adalah tempat dan masa.

    Contoh : di dunia.

    2) baginda ditulis dengan huruf besar. (Baginda)

    3)Catatan yang menarik. Aku nak curi untuk karya terbaharu. "Air Mata Sinai"

     

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS