Maslahat umum perlu didahulukan daripada maslahat peribadi adalah ungkapan yang biasa untuk mereka yang terlibat dalam kepimpinan. Begitu juga dengan kepimpinan PMRAM 2008 yang kini berada di puncak pentadbirannya. Minggu ini adalah minggu Badan Pengurus berkampung dipejabat pentadbiran untuk menyelesaikan urusan kepejabatan. Kesempatan yang ada ini saya gagahkan juga untuk menjenguk blog kerdil ini.

Terdetik hati untuk menjenguk blog ini selepas pulang dari Jelajah Sinai Hewi PMRAM `SEMAI 09` pada 8 -10 Februari yang lalu. Terlalu banyak manfaat yang saya perolehi pada rehlah kali ini berbanding rehlah yang saya ikuti sebagai pembantu musyrif pada beberapa bulan yang lalu.
Rehlah kali ini agak menyentuh hati saya lebih-lebih lagi ketika pendakian ke bukit Sinai, yang berketinggian 2285m dari aras laut. Walhal rehlah yang pertama juga mendaki bukit yang sama.
Saya cuma berfikir kembali akan kisah dakwah Nabi Musa. ( rujuk surah Al A`raf 142-155) . Perjalanan dakwah baginda memang memeritkan. Kebetulan rehlah kali ini saya berada dikumpulan yang paling akhir memberi ruang pada saya untuk berfikir panjang dan mentadabbur ayat ke 11 surah Al An`am. Seolah-olah kita cuba meletakkan diri kita pada posisi nabi Allah Musa `alaihissalam.

Sudah tentu jauh panggang dari api. Namun begitu , para pendakwah perlu meletakkan komitmen dakwah mereka pada posisi masing-masing. Jika baginda meletakkan posisi baginda sebagi nabi pada kaumnya kita juga perlu meletakkan posisi kita pada tempatnya, mengambil alih tugas baginda.

Komitmen dakwah bukan menunggu hingga mendapat tempat dalam kepimpinan ataupun pangkat yang tinggi dimata masyarakat, hatta sebagai pemandu bas sekalipun kita tetap berada di posisi sebagai seorang pendakwah. Cuma yang menjadi persoalannya , bagaimanakah komitmen kita sebagai seorang pendakwah?

Persoalan ini perlu kita hadami sebelum kepulangan kita ke bumi Malaysia nanti. Saya sambung lagi bicara kita nanti..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, February 12, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS