Menuntut ilmu bukanlah ada waktu yang bermusim, hakikat yang saya ingin tegaskan lagi. Namun begitu, iman itu sifatnya turun dan naik. Adakalanya kita akan begitu bersemangat dan adakalanya kita rebah menyembah bumi. Satu-satu masa kita mampu istiqamah untuk ke pengajian, apabila tidak ada bebanan yang perlu dipikul sudah tentu kita akan bersemangat, akan tetapi semangat ini akan sedikit luntur,bahkan terus luntur jika kita ada amanah-amanah yang lain yang perlu dilaksanakan.

Ya, secara hakikatnya ilmu itu perlu diutamakan
berbanding kerja-kerja sampingan yang lain, bahkan perlu diketepikan semata-mata untuk menuntut ilmu. Itulah tujuan asal keberadaan kita di bumi Al Azhar ini. Realitinya pula, ia berdasarkan kesungguhan kita sendiri. Bak kata pepatah " mahu seribu daya,mahu seribu cara".

Hari ini hari kedua saya menghadiri semula pengajian bersama Syeikh Yusri di Jabal Muqattam setelah hampir sebulan lebih saya menyepi. (Doakan saya menjadi seorang yang istiqamah dalam pengajian). Semalam kami bersama-sama khatam al quran dan hari ini kami mulakan bersama-sama syeikh Yusri dari awal fatihah.

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan tentang pengajian ini. Sebagaimana yang sahabat-sahabat maklum, Syeikh Yusri membacakan pada kami Kitab Tuhfatul Ahwazi syarah kepada Jami` Tirmizi oleh Al Imam Almubarkafuri/ Almubarakfuri( boleh dibaca dua wajah) setiap hari selepas Subuh. Sahabat yang ada kelapangan masa bolehlah untuk ke sana.

Apa yang saya ingin sebutkan adalah tentang kawan. Kawan adalah aset yang sangat penting. Orang akan menilai kita juga melalui kawan-kawan disekeliling kita dan dengan siapa kita berkawan. Sepertimana sabda nabi saw mafhumnya: "Orang beriman itu merupakan cermin buat orang beriman yang lain" . Memang itulah lumrahnya. Kawan juga mampu mencorak diri dan kehidupan kita. Dengan kawan jugalah kita mampu untuk rajin menuntut ilmu. Bagaimana ya? Dengan kita mendampingi mereka-mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Siapa kawan kita ya?

"Seronoknya dapat pegi balik kelas pagi ini" kata saya pada Ustaz Juzaili. " Nak kena lawan sikit" balas Ustaz Juzaili kepada saya yang lebih memahami `situasi` saya.

Jika berharap kepada kudrat saya sendiri untuk pergi ke pengajian, saya dapat rasakan terlalu kerdil diri ini. Saya rasa agak gagah sedikit kerana berada bersama-sama mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Bahkan saya berharap agar saya juga mampu untuk menjadi seperti mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Mungkin saya terlalu jauh untuk menjadi seperti Dr Aziz Hanafi yang apabila disebutkan sahaja nama Al Imam Assyafie berlinangan airmata beliau. Terlalu marah beliau apabila mendengar ada orang menghina Imam Ghazali.. Allahu Rabbi..Tidak dapat digambarkan betapa nikmatnya mencinta ilmu dan para ulamak melainkan ahlinya.

Jangan malu untuk mulakan dari bawah. Kata-kata ini selalu saya gunakan untuk menyuntik semangat saya sendiri. Terasa kerdil itu perlu untuk kita tawadhuk dalam menuntut ilmu, akan tetapi jangan sampai kerdil kita dipijak-pijak musuh Islam. Malu dalam menuntut ilmu perlu ditolak jauh-jauh. Ilmu itu tidak akan datang kepada kita melainkan kitalah yang pergi mencarinya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong bersama-sama mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Doakan juga kejayaan kita untuk imtihan yang terlalu hampir ini. Mohom maaf dan ampun buat semua yang mengenali saya andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.

Allahumma ij`alna min almutaffiqin fi tolabil `ilmi , wa ij`alna minal ulamak al mustaqbalin..aim ya rabbal `alamin..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Saturday, April 25, 2009

1 Responses to Siapa kawan kita?

  1. Z Says:
  2. Salam..mmm..nice article to read.

     

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS