Kucing pun tahu erti penat, anda bagaimana? hehe, fatrah imtihan sudah terlalu hampir, sepatutnya kita telahpun tinggalkan kerja-kerja persatuan kita untuk kita berikan tumpuan yang lebih terhadap subjek imtihan kita. Walaupun hakikatnya `study` itu bukanlah bermusim bahkan sepanjang masa kita perlu menuntut ilmu. Akan tetapi tuntutan imtihan perlu di ambil berat kerana ia juga sebahagian daripada proses menuntut ilmu.

Kita juga maklum, kerja-kerja dakwah ini tidak pernah ada noktahnya. Selagimana kita bergelar muslim, dakwah mesti diteruskan walaupun kita akan menghadapi imtihan sekalipun. Ala kulli hal, dakwah sangat luas mediumnya, kejayaan kita dalam imtihan di Al Azhar ini juga dakwah jangka masa panjang untuk kita di tanah air nanti.

Saya teringat akan falsafah imam Hanafi r.a yang diceritakan oleh sahabat saya, yang mana imam besar mazhab Hanafi ini membahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu pertiga masanya untuk beribadah, satu pertiga lagi untuk bermuamalat dan satu pertiga lagi masanya dihabiskan menuntut ilmu.

Falsafah hidup ini jika dilihat dari aspek kita sebagai mahasiswa amat praktikal untuk dilaksanakan. Satu pertiga masa dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba khazanah ilmu yang terlalu banyak di bumi mesir ini. Satu pertiga lagi kita laburkan untuk memohon rahmat dan petunjuk dari Allah dengan qiamullail, zikir dan amalan-amalan yang lain supaya ada keberkatan dalam kita menimba ilmu, manakala satu pertiga masa kita yang berbaki, kita gunakan dengan seoptima yang mungkin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan kerja-kerja persatuan. Ilmu ini sifatnya jika selalu dipratikkan ia akan semakin matang. Semakin banyak persoalan yang kita timbulkan, semakin banyak kita berfikir. Semakin banyak kita berfikir, semakin banyak jawapan yang kita perlu cari.

Moga-moga falsafah ini mampu disebatikan dalam jiwa kita. Nampak mudah bukan? Tepuk dada tanya iman.

Selamat beramal ( moga-moga sahabat tak `futur` macam kucing tuh...he) Sama-sama update semangat dengan menambah kefahaman.
maqor - 2.22am

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, April 23, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS