Baru-baru ini, ketika mana para pelajar baru sedang menanti
nama muqayyad di kuliah masing-masing, PMRAM yang diwakili oleh saudara Mohd Yazid Pardi sebagai Badan Pengurus bagi Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM mendapat makluman dari pihak JPMK dan Al Azhar bahawa kesemua pelajar baru perlu untuk menduduki peperiksaan sebelum memasuki kuliah yang dinamakan sebagai `imtihan qobul`.

Imtihan ini perlu untuk diduduki oleh semua pelajar wafidin ( bukan bertutur di dalam bahasa arab) untuk melayakkan mereka sebagai pelajar kuliah Al Azhar. Kalau tidak salah saya, tahun ini merupakan tahun kedua penetapan ini dibuat. Dan tahun ini merupakan tahun yang pertama bagi pelajar Malaysia untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sepatutnya, imtihan ini perlu untuk diduduki pada tanggal 26 Oktober yang lalu,akan tetapi pihak PMRAM mendapat makluman bahawa pihak JPMK berusaha agar pelajar Malaysia dikecualikan daripada imtihan tersebut kerana memadai dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) yang telah diduduki.

Setelah beberapa perbincangan dibuat oleh pihak JPMK bersama Al Azhar, pada awalnya seakan-akan usaha tersebut berjaya. Namun, setelah pihak PMRAM berkali-kali menghubungi pihak Al Azhar, Al Azhar tetap dengan keputusannya. mahu tidak mahu, imtihan ini perlu untuk diduduki oleh pelajar Malaysia yang datang pada tahun ini untuk melayakkan mereka ke kuliah. Jika tidak...

Sudah tentu mahasiswa/wi baru berada di dalam keadaan yang tertanya-tanya. Bilakah imtihan ini akan diadakan? di mana? bagaiman bentuk soalannya? Persoalan ini juga mungkin akan timbul di fikiran saya jika saya berada di tempat mereka. Setakat ini, pihak PMRAM dimaklumkan bahawa masa dan tempat imtihan tersebut akan diberitahu kemudian. Diharap masing-masing sentiasa bersedia.

Zaman berubah, suasana juga berubah. Kadangkala saya berfikir, kenapa baru kali ini ketetapan ini dibuat? Seakan-akan saya melihat, peperiksaan STAM yang telah kita duduki belum menjamin untuk kita memasuki Al Azhar. Barangkali, Al Azhar ada perancangannya. Adakah kerana melihat prestasi para pelajar luar yang datang ke Mesir semakin merosot? Mungkin ada benarnya.

Nasihat saya buat semua pelajar baru, gunakan masa yang ada ini semaksima yang mungkin. Seolah-olah inilah penentu masa depan anda! Ulangkajilah sedaya mungkin, bertanya pada abang-abang lama, seterusnya berdoa dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan untuk menjawab imtihan tersebut. Ini adalah ujian pertama buat kalian. Mudah-mudahan kalian mampu untuk melepasinya. Buktikan bahawa kalian memang bakal yang bergelar para Azhari!

Hanya doa yang dapat saya pohonkan pada Allah, selainnya adalah atas usaha kalian. Tidak lupa juga untuk saya berpesan, perbetulkan niat kedatangan kalian ke sini. Mudah-mudahan ianya juga menjadi sebab doa kalian diterima dan kejayaan kalian. Amin ya Rabb al`alamin.

p/s :Insya Allah pihak PMRAM akan menganjurkan Hari Taklimat dan Teknik-teknik menjawab soalan berkaitan imtihan tersebut pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, November 3, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS