Apa khabar PMRAM hari ini? Persoalan ini saya tanyakan buat kepimpinan PMRAM khususnya dan ahli PMRAM umumnya. Semakin hari, semakin banyak isu yang melanda PMRAM. Saya berdoa agar semua isu mampu ditangani oleh PMRAM, diri saya sendiri bersama sahabat kepimpinan yang lain dengan baik. Ada sahaja permasalahan yang perlu diselesaikan setiap hari. Itulah hidup namanya. Tidak ada yang mudah.

Isu Kutub Sittah masih lagi berterusan. Bahkan DESAK yang ditubuhkan pada 21 Nov yang lalu telahpun berjaya menghantar memorandum ( himpunan tanda tangan ) yang diketuai oleh Saudara Adnan Wazir. Syabas buat kalian. Akan tetapi seakan ianya tidak habis di situ. Saya juga terbaca satu surat yang ditulis oleh seorang yang `berpelajaran tinggi` berkenaan isu Kutub Sittah ini. Mungkin beliau juga bakal dipanggil sebagai penceramah motivasi di program PMRAM terdekat ini. Saya tidak berhasrat mengulas panjang. Kalian boleh baca di sini. http://kalimahtayyibah.blogspot.com/2009/11/mesej-profesor-kolej-islam-klang-kepada.html

Fokus saya pada kali ini adalah imtihan qobul. Peperiksaan yang wajib untuk diduduki oleh semua pelajar baru pada tahun ini. Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsikan bersama.

Sementara saya menunggu Saudara Azlan Hj Alias yang ditemani saudara Zuhaili Saiman di Hospital di Rab`ah, terdetik di hati saya untuk menghubungi teman saya dari Singapura. Beliau merupakan mahasiswa yang baru sampai pada tahun ini. Saya mengenalinya kerana beliau merupakan salah seorang peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang lalu. Perbualan kami berkisarkan imtihan qobul yang telah beliau duduki pada tanggal 26 Okt yang lalu.

Kami berbual panjang. Dan beliau menerangkan kepada saya dengan terperinci soalan-soalan yang ditanyakan kepada beliau. Saya akan ceritakan sedikit sebanyak berkenaan perbualan kami.

Secara umumnya, peperiksaan yang diadakan di Kuliah Dakwah tersebut mempunyai dua sesi. Sesi yang pertama adalah ujian bertulis selama 2 jam dan sesi kedua adalah sesi ujian lisan selama 15 minit. Berikut merupakan soalan-soalan yang ditanyakan kepada beliau yang sempat saya ingat memandangkan tidak ada catatan yang dibuat. Soalan dibuat berdasarkan tiga aspek utama iaitu Kefahaman, Kemahiran mendengar dan Kemahiran bercakap Bahasa Arab :

1) Doktor membaca teks dan pelajar menjawab soalan yang telah sedia ada berdasarkan teks tersebut. Sekitar 10 - 11 buah soalan. Karangan berkisarkan kisah Saidina Bilal Bin Rabah.

2) Jawab soalan berdasarkan karangan yang diberi. Jika soalan pertama berdasarkan teks yang dibacakan oleh Doktor, soalan kedua pula teks telah disediakan di dalam kertas soalan. Hanya baca dan jawab sahaja.

3) Susun semula perkataan yang diberikan menjadi satu ayat yang lengkap. Contoh : Abu nasi makan. menjadi Abu makan nasi.

4) Perkataan berlawanan berdasarkan ayat yang diberikan contoh : Ahmad Dakhilul masjid, fadhiddhuha.. Ahmad Kharijul Masjid.

5) Perkataan seerti dan jawapan diberikan ( pilih jawapan yang sesuai )

6) Kaedah Nahu dan Sorof. ( kurang pasti bentuk soalan )

7) Meletakkan tanda koma, noktah, pembuka kata, tanda seru dan lain-lain yang difikirkan perlu pada ayat yang diberi.

8) Buat karangan bahasa arab yang bertajuk Al Azhar manaratul Ilmi sebanyak lima baris sahaja.

9) Kemahiran mendengar. Tuliskan ayat-ayat yang akan dibacakan oleh Doktor.

Selepas tamat ujian bertulis pelajar dikehendaki `muhadathah` iaitu berbual bersama doktor. Jawab soalan-soalan yang dikemukan oleh Doktor. Pelajar juga diminta untuk berkhutbah dengan tajuk Tholabul `ilmi.

Beginilah sedikit sebanyak soalan-soalan yang sempat saya tanyakan dan ingat berdasarkan perbualan saya dengan teman saya Syafi`i dari Singapura. Mungkin boleh untuk dijadikan sebagai panduan buat adik-adik baru kita. Mudah-mudahan kalian bersedia untuk imtihan tersebut.

Saya juga dikejutkan dengan berita teman kita dari Thailand, bahawa dari jumlah seratus pelajar yang menduduki imtihan tersebut, hanya 10 orang sahaja yang lulus! Masya Allah! Terkejut bukan? Akan tetapi saya sempat menanyakan perkara ini kepada pelajar Singapura yang lain, maklumat tersebut adalah tidak benar! Kerana keputusan imtihan tersebut masih belum diumukan lagi. Alhamdulillah...

Apa-apa pun, moga adik-adik baru terus bersemangat. Usaha, dan terus berusaha! Kami akan terus mendoakan kejayaan kalian.. Jangan lupa untuk turut serta pada hari taklimat dan ujian percubaan Imtihan tersebut yang akan dianjurkan oleh PMRAM pada waktu terdekat ini. Salam Imtihan...

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, November 5, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS