Salam buat semua, Alhamdulillah... Saya selamat tiba di bumi Malaysia tercinta. Terubat jua rindu pada keluarga tercinta. Tiga tahun tidak pulang, terlalu banyak perubahan yang dapat saya lihat. Baru hari ini dapat saya menjenguk ke blog saya. Penerbangan menaiki flight Qatar Airways, sempat singgah di Doha dan terus ke KLIA selepas hampir sepuluh jam penerbangan.

Dua hari saya tidak membaca apa-apa berita dari Mesir. Ketika membaca surat khabar pada pagi tadi, ada satu berita yang menarik perhatian saya. Rupa-rupanya, berita mengenai Majlis Pembacaan Kutub Sittah semakin mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi di Malaysia.


Penulis Bersalaman dengan Fadhilatul Mufti

MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir
Nov 16, 09 12:33pm
Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAM sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Sebelum ini, isu ini telahpun disebutkan oleh YB Zulkifli Nordin ( PKR-Kulim Bandar Baru ) di dalam Parlimen Malaysia. Lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=related

Kebenaran tetap kebenaran. Saya hanya berharap pihak JPMK tidak membuat kenyataan untuk membela diri jika memang jelas ianya adalah salah. Sila profesional dalam segala tindakan dan adil pada semua mahasiswa.

Juga boleh lihat kenyataan daripada Ustaz Nasarudin Tantawi di sini http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/pmram-terus-dizalimi.html . Kenyataan beliau juga telah dimasukkan ke dalam surat khabar Sinar Harian bertarikh 17/11/09 di ruangan info." Pengarah MSD tidak profesional"


Fadhilatul Mufti menyampaikan ceramah sekaligus ucapan menutup majlis

p/s : Moga Allah golongkan kita bersama mereka yang sentiasa berkata benar dalam apa jua situasi dan keadaan... amin.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, November 17, 2009

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS