Pernah terdengar atau terbaca tajuk ini bukan? Pastinya kebanyakan dari kalian telahpun menyaksikan video tersebut. Video yang memaparkan kajian berkenaan pergerakan Freemason ataupun dalam bahasa arabnya `almasuniyyah` yang dibuat oleh Noreagaa dan Archernahr Production. Mereka menjelajah keseluruh Amerika bagi mendapatkan segala maklumat berkenaan pergerakan ini. Satu perkongsian yang sangat menarik.
Mungkin ramai yang telah mengetahui berkenaan pergerakan ini melalui pembacaan dan mungkin masih ramai lagi yang belum mengetahui. Walaubagaimanapun, sudah banyak buku-buku yang diterbitkan menulis berkenaan freemason.
Video ini perlu ditonton oleh semua. Realitinya, era moden kini tidak ramai yang berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan sebegini yang diletakkan dalam kategori `bacaan berat`, mungkin tayangan video bersiri ini sebagai penggantinya. Sedarlah, musuh sentiasa merancang untuk menjauhkan umat Islam dari Islam bahkan perancangan mereka sangat teliti! Bukan mudah untuk mereka menyiapkan video tersebut! Pelbagai ujian yang mereka hadapi.
Melalui video ini, banyak pendedahan yang telah mereka bongkar. Satu perkara yang menarik berkenaan video ini ialah jalan ceritanya yang tersusun. Juga mudah untuk difahami. Anda seakan-akan ternanti-nanti untuk menyaksikan videos seterusnya. Tidak percaya? Silalah saksikannya. Tidak dapat dinafikan, ada beberapa adegan video tersebut yang agak menjolok mata. Hakikatnya, itulah agenda yang mereka telahpun mereka tanamkan ke dalam pemikiran kita selama ini.
Buku berkenaan Freemason juga pernah diterbitkan dibawah terbitan PMRAM yang ditulis oleh Ustaz Nik Azran Muhamed dan Ustaz Mohd Mahadi Isa. Juga turut diterbitkan di Malaysia dan mendapat perhatian oleh akhbar Berita Harian.
Iqra: Mengenali ancaman Yahudi, Freemason
Nama Buku: Gerakan Freemasonry - Musuh dalam Menghancurkan Islam
Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Pengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar.
BAGI mereka yang ingin mengetahui komplot Yahudi memerangi musuh terutama Islam, buku mengenai Freemason dan Zionis tentunya menjadi kitab wajib untuk diteliti bagi mengetahui gerakan dan dakyah secara sulit atau terangan yang dilakukan untuk melemahkan pengaruh umat goyim (bukan Yahudi) di bumi ini.
Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam yang ditulis oleh Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa mempunyai jawapan yang lengkap mengenai persoalan berkenaan. Pengarang memberi maklumat lengkap berserta nota kaki yang panjang mengenai pengertian, prinsip, matlamat dan cabang gerakan Freemason yang berakar umbi sejak abad 17 lagi.
Pengarang membuat rujukan lengkap terutama dari makalah dan buku dalam bahasa Arab bagi menguatkan hujah mengenai gerakan berkenaan yang bermula di Britain sehingga berkembang di Amerika Syarikat yang kini menjadi pusat utama gerakan Freemason yang bermatlamat menguasai kerajaan di dunia ini supaya patuh kepada telunjuk Yahudi.
Malah pengarang turut mengaitkan meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua dicetuskan oleh kelompok Yahudi sebagai laluan bagi penubuhan negara Yahudi di tanah Arab yang akhirnya dunia selepas Perang Dunia Kedua terpaksa tunduk bagi penubuhan negara Israel.
Buku ini turut mengemukakan hujah mengenai perbezaan dan persamaan antara Zionis dan Freemason, yang kedua-duanya bergerak serentak bagi mengekalkan penguasaan Yahudi para peringkat antarabangsa melalui penguasaan ekonomi, politik dan media. Malah senarai panjang mengenai syarikat Yahudi yang menguasai ekonomi, perbankan, media dan kemasyarakatan turut disertakan untuk rujukan pembaca.
Dalam pada itu pengarang buku ini, turut membuat kajian teliti mengenai peranan Freemason dalam menjatuhkan Khalifah Islamiah Uthmaniah di Turki sehingga berjaya mengangkat Mustafa Kamal Attaturk yang didakwa berketurunan Yahudi, sehinggakan Turki terus berubah dari negara Islam kepada sekular. Peranan Kamal Attaturk memusnahkan sistem Khalifah Islam di Turki dengan memperkenalkan pembaharuan dan pemodenan diberi gambaran jelas, sehingga menyebabkan umat Islam di seluruh dunia kehilangan tonggak kepemimpinan Islam sehingga kini masih dirasai.
Mungkin kesilapan pengarang menggunakan gambar masjid berkubah kuning sebagai masjid al-Aqsa, sedikit mengelirukan pembaca. Sebenarnya, gambar masjid berkubah kuning yang sering ditonjolkan media antarabangsa di bawah pengaruh Yahudi sebenarnya bukan Masjid al-Aqsa, walaupun terletak dalam kompleks Masjid al-Aqsa. Sebaliknya masjid al-Aqsa sebenarnya, cuba dihilangkan dari pandangan masyarakat Islam melalui momokan media antarabangsa bagi membolehkan agenda buruk mereka memusnahkan masjid berkenaan tercapai.
Apapun, buku ini menarik untuk dibaca dan banyak maklumat terkini boleh dikutip bagi mengingatkan masyarakat Islam mengenai musuh yang tidak pernah berputus asa untuk menghancurkan Islam, sejak dulu sehingga kini, sehingga Allah menghentikannya.
(rujukan : arkib berita harian)
Saya tidak mahu mengulas panjang. Saya juga masih lagi terus menyaksikan video tersebut untuk kesekian kalinya. Masih banyak maklumat yang saya ingin dapatkan. Video berkenaan pergerakan Freemason ini boleh dilihat pada link berikut ( versi terjemahan bahasa melayu) :
http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/10/satu-ketibaan-arrival-versi-malaysia.html?widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=toggle&dir=open&toggle=MONTHLY-1251734400000&toggleopen=MONTHLY
http://www.youtube.com/watch?v=ixhZfl1jFcs&eurl=file%3A%2F%2F%2FC%3A%2FProgram%2520Files%2FYahoo!%2FMessenger%2FHHDKPp.05yhA1c6hWC.l1A--&feature=player_embedded#t=211
p/s : wake up people!
0 comments