Imtihan, ujian, peperiksaan, ikhtibar semuanya membawa maksud yang sama. Kita dihidupkan di bumi ini tidak lain dan tidak bukan untuk kita diuji. Firman Allah di dalam surah AlMulk yang bermaksud : Dia lah Yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu Yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang Yang bertaubat);

Tahun Hijri 1430 telah berlalu, begitu juga dengan tahun 2009. Ianya akan terus berlalu tanpa menunggu kita, malahan kita juga akan terus di `imtihan` tanpa menunggu kita bersedia mahupun tidak. Orang yang sentiasa membuat persediaan sudah tentu mereka akan beroleh kejayaan begitu juga sebaliknya. Kejayaan tidak akan datang bergolek seperti sebiji bola, sudah tentu ianya memerlukan kesungguhan.
Sedar atau tidak, imtihan di Al Azhar sudah semakin hampir. Kebiasaannya, pada waktu ini kuliah telah diberhentikan seawal dua atau tiga minggu sebelum hari peperiksaan. Pada waktu ini juga para pelajar Malaysia khususnya akan dilihat bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran. Masing-masing dengan cara yang tersendiri. Ada yang study group, bersendirian dan bagi mereka yang amat menghargai waktu, setiap ruang yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Sudah tentu kita tidak mahu digolongkan bersama golongan yang gagal.

Para Ulamak terdahulu amat menghargai waktu mereka dalam menuntut ilmu, seperti contoh Imam Tobari merupakan seorang yang amat menjaga rutin hariannya, begitu juga Imam Ibnu Malik. Beliau adalah seorang ahli Nahu yang terkenal. Seorang yang banyak merujuk dan cepat menyemak. Beliau tidak akan menulis sesuatu tanpa merujuk kepada kitab asal. Para sahabatnya tidak pernah melihat beliau membuat perkara yang sia-sia, kecuali melihat beliau samada sedang solat ataupun membaca al-Quran ataupun mengarang ataupun membaca kitab. Bagaimana pula dengan kita? Adakah setiap waktu dipenuhi dengan perkara yang bermanfaat? Muhasabah untuk diri saya sendiri…
Allah tidak akan menguji umatnya melainkan mengikut kemampuan masing-masing.

Bersyukur dan bersabarlah dengan ujianNya. Tahun ini saya diuji dengan gagal dalam peperiksaan. Maka apa yang perlu saya lakukan? Mengeluh dan berputus asa? Berhenti mengaji dan balik ke Malaysia? Sudah tentu itu bukan sikap orang Islam. Gagal dalam peperiksaan bukan bererti gagal segalanya. Orang yang gagal adalah orang yang tidak belajar dari kegagalan. Jadikan ianya sebagai batu loncatan untuk kita lebih berjaya pada masa hadapan. Yakinlah, pasti ada hikmahnya kerana Allah tidak menjadikan sesuatu itu secara sia-sia.

Bersempena tahun baru dan musim imtihan ini, saya mengambil kesempatan untuk memohon kemaafan buat semua yang mengenali saya sekiranya ada salah dan silap. Tak lupa mohon didoakan kejayaan dunia dan akhirat, juga mohon didoakan mudha untuk memahami dan menjawab peperiksaan terdekat ini pada 12 Jan, 1 Feb dan akhir pada 4 Feb untuk subjek Fekah Muamalat, Takhrij dan DIrasat Asanid.

Doakan juga saya istiqomah dan menuntut ilmu dan membantu agama Allah.

p/s : Baru diuji dengan kemalangan kecil selepas kebah dari demam. Moga ianya kafarah atas dosa-dosa saya..




Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, January 8, 2010

0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS