Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM telah beroperasi bermula pada 23 Dis hingga 31 Dis yang lalu. Pada tanggal 15 Januari baru-baru ini, secara rasminya keputusan SPR diumumkan. Teka teki siapa bakal peneraju bahtera untuk sesi akan datang telahpun terjawab sekaligus menyangkal spekulasi yang dibuat oleh saudara Syafiq(hehe..).
Tahniah dan takziah saya ucapkan buat semua calon-calon yang telah `dilamar` untuk amanah ini, selamat datang ke keluarga Badan Pengurus dan HEWI PMRAM!
Amanah ini sifatnya berat. Sepertimana yang dirakamkan di dalam Al Quran, Allah ta`ala menyebutkan firmanNya yang bermaksud : 72. Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan Yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara Yang tidak patut dikerjakan- al ahzab-
Hal ini turut diucap oleh Baginda saw apabila menyentuh akan perihal amanah lantas baginda saw menyifatkan " jika amanah dipundakkan ke atas mereka yang bukan ahlinya, nantikanlah akan kedatangan hari akhirat". Kepimpinan merupakan di antara amanah yang amat berat tugas dan tanggungjawabnya. Tidak hairanlah apabila tujuh golongan yang mendapat naungan Allah di akhirat kelak di antaranya adalah pemimpin yang adil.
Pemimpin silih datang dan berganti. Akan tetapi dasar dan perjuangan tetap sama, tidak ada yang ingin dibawa oleh PMRAM melainkan memahamkan ahli akan Islam dengan sebenar-benar faham. Tidak lupa jug auntuk menabur bakti semampu mungkin. Tidak kira siapa pun yang berada di puncak pimpinan, selagi mana PMRAM membawa Islam dan dasarnya, tidak ada alasan untuk tidak taat dan patuh.
PMRAM hampir mencapai usianya yang ke -80, manakala Ustaz Abdul Mu`izz merupakan Presiden PMRAM yang ke -50. Untuk PMRAM belayar sejauh ini, pelbagai onak duri dirempuh. Tahniah sekali lagi untuk bakal pimpinan 2010, juga Untuk Ustaz Shahrizan Hazemi, moga pengalaman dua tahun beliau berada dalam PMRAM, mematangkan beliau untuk terus memacu PMRAM pada masa akan datang.
Salam perjuangan buat semua!
p/s : Siapa pula calon SUA 2010?
0 comments