Kembali Bertugas
Salam perjuangan buat semua, selesai imtihan maka tamatlah sesi `rehat` bagi saya. Jika waktu imtihan masa saya banyak dihabiskan di rumah, kini pejabat PMRAM itulah yang akan menjadi rumah saya.
Kemaafan saya pohon pada yang minta untuk dimasukkan maklumat pencalonan badan pengurus. Kesempatan tidak mengizinkan. Coretan ringkas ini sekadar memenuhi masa lapang.
Jika diikutkan, masa saya banyak dihabiskan di pejabat. Akan tetapi, ruang dicari untuk bersama ahli semampu mungkin. Lewat maghrib tadi baru pulang bersama rakan-rakan dari Semenanjung Sinai. Boleh dikatakan `lawatan kerja` sambil makan angin. Perjalanan selama sehari setengah ini sempat merakam beberapa peristiwa yang menginsafkan.
1) Kesan banjir @ hujan di Hamam Firaun ( kenderaan perlu berhenti jauh) dan beberapa tempat lain.
2) Kesan kemalangan lori treler di selekoh curam Dahab - Taba
3) Kesan kemalangan lori minyak tidak berapa jauh dari kemalangan lori treler.
4) Kemalangan bas dan lori di `u turn` Tajammuk Khamis Qaherah.
* Sepanjang perjalanan kami ditemani oleh `wali` dengan ingatan pada mati =)
Persediaan menghadapi muktamar
Sedar ataupun tidak PMRAM 2009 berada di hujung sesi. Terlalu banyak kerja-kerja yang perlu saya selesaikan. Jabatan Setiausaha Agung perlu bekerja keras untuk Muhasabah Dunia ini.
- Menyiapkan laporan minit Muktamar
- Penyelarasan gerak kerja seluruh cawangan PMRAM.
- Tema PMRAM?
- Dan kerja-kerja lain yang berkaitan kepejabatan.
Ada yang ingin membantu? Sebarang muhasabah dan cadangan anda sila hubungi saya atau emailkan pada saya. Mashkadov86@yahoo.com
* tahun depan jadi ahli pula... (=
0 comments