Berikut adalah jadual bagi kuliah Usuluddin tahun 3 Kaherah syukbah hadith, ( kuliah saya lah tu ) Jadual pun dah ada, tinggal empunya diri sahaja yang perlu gagahkan diri untuk pergi. Penulis ada rakamkan sedikit ucapan dari Mantan Presiden PMRAM 06/07 yang ingin dikongsi bersama , akan tetapi terdapat sedikit masalah ketika upload, akan diusahakan kemudian. Malam tadi hujan turun di bumi Mesir menyebabkan cuaca pada hari ini agak sejuk dari biasa. Kalau sejuk-sejuk nih biasanya duduk dalam `saratoga` lah, hehe... tapi kene kuatkan semangat! Jom ngaji!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, February 27, 2009 0 comments





Tanggal 22 hingga 24 Februari saya sekali lagi mengiringi rombongan HEWI PMRAM menuju ke Semenanjung Sinai. Walaupun penyertaan SEMAI siri dua ini sedikit berkurangan, akan tetapi perjalanan pada kali ini adalah lebih baik dari siri pertama. Sepertimana yang lalu, peserta akan berkumpul di rumah Kelantan untuk mendengar taklimat dari urusetia sebelum bertolak sekitar jam 2 pagi dan sampai di `check point` pertama kami di perhentian nafaq Ahmad Hamdi sejam setengah kemudian. Saya tidak berniat untuk mengulas panjang tentang laporan perjalanan sepanjang tiga hari disana, mungkin boleh didapati daripada peserta-peserta yang menyertai rehlah ini.

Sepanjang perjalanan , Ustaz Abdul Rahim Kamaruzzaman dan Ustaz Mohd Syukri Che` Mat bertindak sebagai musyrif menerangkan setiap tempat-tempat yang bersejarah. Saya juga memainkan peranan saya sebagai juru kamera,hehe..

Bumi Sinai menjadi saksi pelbagai peristiwa dan sejarah yang menarik sejak zaman para Anbiyak hinggalah bumi ini bebas dari tangan para penjajah dan kembali ke pemerintahan kerajaan Mesir ( perang 1973). Terowong Ahmad Hamdi, Uyun Musa, Kubu Israel, Kubu Salahuddin, Wadi Feiron, Wadi Muqaddas, kisah tujuh rahib yang membantu Islam memerangi Rom, maqam Nabi Harun dan Nabi Saleh dan Bukit Sinai masing-masing menyimpan sejarah yang memerlukan pembacaan dan kajian mendalam untuk membongkarnya. Di antara tempat yang perlu diberikan perhatian ialah di Uyun Musa, Wadi Arba`in dan juga maqam Nabi Saleh kerana ketiga-tiga tempat ini mempunyai perbezaan pendapat yang banyak dan memerlukan satu kajian yang teliti, sebagai contoh berkenaan kedudukan maqam Nabi Saleh terdapat 4 khilaf dikalangan muarrikh dan ada yang mengatakan ianya adalah maqam Syeikh Saleh bukannya Nabi Saleh. Begitu juga dengan penaklukan semula Semenanjung Sinai dari tangan Israel. Dikatakan terdapat sebanyak 36 kubu pertahanan yang ada Semenanjung Sinai ini dan 18 buah darinya terletak di kawasan sekitar sepanjang 103 km di Suez.

Walaubagaimanapun hingga kini hanya 3 sajaha kubu yang popular dan dikenali iaitu Panorama Barlif ( yang biasa dilawati oleh pelajar kita) , Talsalam dan Tabah Syajarah. SEMAI09 HEWI PMRAM melakar sejarah pada tahun ini apabila membuka 3 tempat baru selaku rombongan pertama PMRAM yang sampai disana iaitu Nusub Tizkari, Talsalam dan Tabah Syajarah. Tahniah buat HEWI.

Kesemua sejarah di tempat-tempat ini telah disentuh dengan jelas oleh kedua-kedua musyrif. Terutama sejarah Nabi Musa yang agung di puncak Bukit Sinai. Sebagai penutup bicara saya ingin menyentuh kisah pertemuan Nabi Musa bertemu dengan Nabi Khidir a.s. Disebutkan di dalam surah Al Kahfi bermula ayat 60 hingga 82 tentang bagaimana Nabi Musa tatkala ditegur oleh Allah hinggalah Nabi Musa menerima pelajaran dari Nabi Khidir as. Kisah ini bermula apabila Nabi Musa a.s berkhutbah dihadapan kaumnya kaum Bani Israil. Kemudian baginda ditanya, “ siapakah yang paling alim didunia?” lalu Nabi Musa menjawab “akulah yang paling alim” . lantas ditegur oleh Allah dan Allah menyatakan bahawa ada seorang hamba yang lebih alim dari baginda di kawasan pertemuan dua laut (disebutkan oleh Doktor Ahmad Ghalusy dalam kitabnya bahawa pertemuan dua laut ini adalah di kawasan Ra`s Muhamad yang terletak betul-betul dihujung Selatan Sinai) . Sahabat-sahabat boleh membacanya pada kitab Dakwah Arrusul alaihimussalam yang dikarang oleh Ustaz Doktor Ahmad Ahmad Ghallusy yang merupakan bekas `Amid( Dekan ) Kuliah Dakwah yang lalu.

Saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian untuk kita bersama-sama menghayati kisah ini dengan sebenar-benar penghayatan lebih-lebih lagi kita masih lagi bergelar sebagai pelajar Al Azhar. Seorang Nabi masih lagi sanggup bersusah payah menuntut ilmu apatah lagi perihal kita yang belum pasti dimanakah kedudukan kita. Musim kuliah sudahpun bermula ditambah kerancakan pengajian di setiap BKAN, DPM dan Al Azhar itu sendiri. Peluang keberadaan kita di bumi Mesir ini sepatutnya dihabiskan dengan pengajian bersama-sama para Masyaikh Arab yang ramai disamping melatih kemahiran kita dengan berpersatuan. Ayuh kita pakat mengaji!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 1 comments

Maslahat umum perlu didahulukan daripada maslahat peribadi adalah ungkapan yang biasa untuk mereka yang terlibat dalam kepimpinan. Begitu juga dengan kepimpinan PMRAM 2008 yang kini berada di puncak pentadbirannya. Minggu ini adalah minggu Badan Pengurus berkampung dipejabat pentadbiran untuk menyelesaikan urusan kepejabatan. Kesempatan yang ada ini saya gagahkan juga untuk menjenguk blog kerdil ini.

Terdetik hati untuk menjenguk blog ini selepas pulang dari Jelajah Sinai Hewi PMRAM `SEMAI 09` pada 8 -10 Februari yang lalu. Terlalu banyak manfaat yang saya perolehi pada rehlah kali ini berbanding rehlah yang saya ikuti sebagai pembantu musyrif pada beberapa bulan yang lalu.
Rehlah kali ini agak menyentuh hati saya lebih-lebih lagi ketika pendakian ke bukit Sinai, yang berketinggian 2285m dari aras laut. Walhal rehlah yang pertama juga mendaki bukit yang sama.
Saya cuma berfikir kembali akan kisah dakwah Nabi Musa. ( rujuk surah Al A`raf 142-155) . Perjalanan dakwah baginda memang memeritkan. Kebetulan rehlah kali ini saya berada dikumpulan yang paling akhir memberi ruang pada saya untuk berfikir panjang dan mentadabbur ayat ke 11 surah Al An`am. Seolah-olah kita cuba meletakkan diri kita pada posisi nabi Allah Musa `alaihissalam.

Sudah tentu jauh panggang dari api. Namun begitu , para pendakwah perlu meletakkan komitmen dakwah mereka pada posisi masing-masing. Jika baginda meletakkan posisi baginda sebagi nabi pada kaumnya kita juga perlu meletakkan posisi kita pada tempatnya, mengambil alih tugas baginda.

Komitmen dakwah bukan menunggu hingga mendapat tempat dalam kepimpinan ataupun pangkat yang tinggi dimata masyarakat, hatta sebagai pemandu bas sekalipun kita tetap berada di posisi sebagai seorang pendakwah. Cuma yang menjadi persoalannya , bagaimanakah komitmen kita sebagai seorang pendakwah?

Persoalan ini perlu kita hadami sebelum kepulangan kita ke bumi Malaysia nanti. Saya sambung lagi bicara kita nanti..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, February 12, 2009 0 comments


Selagi kita berada di bumi Mesir ini, majlis-majlis ilmu sepatutnya menjadi makanan harian kita. Bahkan selayaknya untuk kita mewajibkan diri kita menghadirkan diri di dalam majlis-majlis seperti ini lebih-lebih lagi pengajian di Al Azhar Syarif. Keberadaan kita di sini bukan untuk menjadi `exam student` ataupun `budak silibus`, terlalu banyak mutiara yang perlu kita cari sebagai bekalan untuk masyarakat di Malaysia kelak.

Bagi yang berminat dan telah mengikuti pengajian Madrash Imam Syafi`i di rumah Pahang sejak penubuhannya pada tahun 2007, jadual pengajian pada tahun ini bermula pada 2 Februari 2009 adalah seperti berikut :

Isnin : Ustaz Mohd Nazrul Nasir kitab ( Al Ajrumiah dan Nuruzzolam)
Selasa : Ustaz Syed Abdul Kadir kitab( Bidayatul Hidayah )

Rabu : Ustaz Mohd Juzaili Johan ( Awail Sunbuliah dan syarah matan baiquni )

Khamis : Ust Syed Abdul Kadir Aljufri ( Kifayatul Akhyar )

Sabtu : Ust Shahrizan Mohd Hazimi kitab ( Fathul Qorib )

Ahad : Ustaz Hairulnizam mat Hussain ( Waraqat )

Kelas bermula pada jam 7.30 am .Sebarang perubahan jadual dan waktu sila hubungi Ustaz Mohd Azrul Ismail ( 0115068205 ). Jom tafaqquh! " Ilmu itu adalah dengan pengajian"


Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, February 3, 2009 0 comments

Apabila musim peperiksaan menutup tirai, menandakan bermulanya musim rehlah bertamu. Masing-masing mula menunjukkan komitmennya terutamanya Unit Sambutan dan Rehlah(BSR) baik di Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) mahupun Di Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM). Kesibukan ini mula nampak apabila pejabat PMRAM mula diziarahi untuk memohon tasrih( surat pelepasan ). Jadual-jadual rehlah Sinai boleh dirujuk pada artikel yang lalu.

Sepertimana yang kita maklum, untuk mendapatkan tasrih daripada S/U Agung PMRAM, mestilah melalui beberapa prosuder yang telah ditetapkan di bawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung PMRAM 08. Kegagalan menepati prosuder ini akan menyukarkan pihak PMRAM untuk menunaikan permintaan tersebut.

Saya nyatakan di sini prosuder-prosuder tersebut :

PROSUDER PERMOHONAN TASRIH PMRAM BERKUATKUASA 15 FEBRUARI 2008


SURAT RASMI HENDAKLAH DIHANTAR DI ATAS NAMA SETIAUSAHA AGUNG PMRAM
LAMPIRKAN BERSAMA-SAMA SURAT ANDA SENARAI NAMA PESERTA PROGRAM BESERTA NOMBOR PASPORT DI DALAM TULISAN JAWI (jika TASRIH Rehlah dan Penggunaan Mukhayyam)

DAPATKAN TASRIH DARI PEJABAT PMRAM DI DALAM TEMPOH 24 JAM SELEPAS PENGHANTARAN SURAT PERMOHONAN ANDA

DAPATKAN TASRIH DARI PEJABAT PMRAM DI DALAM TEMPOH 24 JAM SELEPAS PENGHANTARAN SURAT PERMOHONAN ANDA

SETIAP TASRIH HENDAKLAH DIBAYAR DENGAN KADAR LE 1.00 SAHAJA BERDASARKAN ETIKA JABATAN SUA PMRAM

Makluman : Mana-mana permohonan yang tidak mendasari garis panduan ini akan ditolak serta-merta. Disediakan oleh Setiausaha Agung PMRAM 2008


Saya kira bukanlah begitu sukar untuk mengikut prosuder yang telah ditetapkan ini. Islam mengajar kita untuk hidup dengan panduan. Dalam berorganisasi juga ada panduannya bukan? Ingin diingatkan juga, pastikan rehlah kalian mematuhi etika di bawah Badan Sambutan dan Rehlah. ( Sila rujuk exco ditempat masing-masing ).

12.38pm
Idarah Jam`iyyah

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Monday, February 2, 2009 0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS