Peperiksaan pelajar Al Azhar secara umumnya telahpun bermula. Penulis sendiri telahpun melepasi satu peperiksaan oral Al quran pada 6 Mei yang lalu dan akan bersambung semula pada 18 Mei ini. `Masa` pada ketika ini amatlah berharga buat setiap siswa/wi dan sepatutnya digunakan semaksima yang mungkin untuk melakukan pecutan terakhir. Moga-moga setiap usaha yang kita lakukan akan dilihat dan diganjar oleh Allah ta`ala dengan sebaik-baik ganjaran.

Firman Allah ta`ala yang bermaksud :
105. Dan Katakanlah (Wahai Muhammad): Beramalah kamu (akan Segala Yang diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang Yang beriman akan melihat apa Yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang mengetahui perkara-perkara Yang ghaib dan Yang nyata, kemudian ia menerangkan kepada kamu apa Yang kamu telah kerjakan". -attaubah


Dalam kita sibuk membuat persediaan akhir untuk kita menghadapi peperiksaan ini, izinkan saya untuk mengingatkan kembali kepada sahabat-sahabat akan tujuan kita bertandang ke bumi Mesir ini. Tak lain dan tak bukan untuk mencari sebanyak yang mungkin khazanah-khazanah ilmu yang ada disini bersama para Masyaikh yang bertaraf dunia. Selain peperiksaan dan ijazah, masih ada tuntutan-tuntutan yang perlu kita titikberatkan bersama. Diantaranya ialah :
Mampu menguasai ilmu (التعمق فى الدين )
Memahami akan ilmu tersebut (الفهم به )
Mengamalkannya (العمل به )
Menyampaikan kepada masyarakat (الدعوة به )
Mengubah Masyarakat kembali kepada Islam yang sebenarnya
(اصلاح المجتمع )

Dr. Yusof Qardawi di dalam bukunya (واجب الشباب المسلم اليوم ) telah menggariskan
bahawa , empat kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu muslim ialah:-

Memahami Islam

"menuntut ilmu adalah diwajibkan ke atas individu muslim mahupun muslimah"
ii. Beramal dengan Islam

"Wahai orang-orang yang beriman dan beramal soleh/ kebaikan"
iii. Menyampaikan Islam
"serulah kepada agama tuhanmu dengan hikmah serat bertimbang rasa dan perangi mereka dengan sebaiknya "
Berjemaah
"berpeganglah kamu dengan jamaah muslimin dan kepimpinannya "

Pada keseluruhanya ia adalah berhubungkait antara satu sama lain, di mana kita tidak akan dapat mengamalkan Islam tanpa memahami apa itu Islam terlebih dahulu.

Ibnu Ruslan ada mengatakan :
وكل من بغير علم يعمل # عماله مردودة لا تقبل
Maksudnya :
"sesiapa yang beramal tanpa ilmu, amalannya tertolak tidak diterima"

Tuntutan-tuntutan ini bukanlah satu bebanan kepada kita dan tidak sepatutnya kita merasakan bahawa ia adalah satu bebanan. Memahami Islam dengan baik merupakan kewajipan setiap muslim lebih-lebih lagi para pendakwah dan penuntut agama supaya tidak ada cacat cela dalam menyebarkan mesej Islam. Dalam usaha kita untuk memahami dan beramal dengan Islam, dada-dada kita perlu diisi sebaik mungkin samada ilmu pengetahuan dan juga amalan kerohanian.

Rasa tamak dan tidak cukup adalah sangat praktikal untuk diamalkan dalam kita menuntut ilmu kerana ilmu tidak akan habis dipelajari. Selagi kita berada di Al Azhar ini, selagi itulah kita kutip seberapa banyak ilmu yang ada. Akan tetapi perlulah disusun dengan manhaj yang baik kerana dikhuatiri yang dikejar tak dapat dan yang dikendong berciciran. Setiap orang tahu akan kemampuan diri masing-masing, maka berusahalah dengan kudrat yang kita ada disamping menjadikan kawan-kawan pembakar semangat kita.

Amalan kerohanian seperti qiam, puasa, sedekah dan lain-lain juga perlu diselarikan supaya adanya keseimbangan antara keduanya. Firman Allah :
ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا
“Dan pada sebahagian malam hari bersembahyang tahajjudlah kamu sebagai suatu ibadah tambahan bagi mu, mudah-mudahan Tuhan mengangkat kamu ke tempat yang terpuji.”
[al-Isra’: 79]

Abu Hurairah meriwayatkan lagi sabda Rasulullah SAW:
« أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل »
“Sebaik-baik puasa setelah puasa Ramadhan, puasa bulan Allah, iaitu bulan Muharram. Sebaik-baik sembahyang selepas fardhu ialah sembahyang malam”.
[Riwayat Muslim, Abu Daud, Attهrmizi, Annasai dan Ibnu Khuzaimah]

Satu kalimah mungkin senang untuk diucapkan, hanya tutup bibir dan buka kembali maka keluarlah kalimah tersebut berserta nada yang diinginkan , namun pengertian yang sebenar yang diinginkan terlalu sukar untuk diterjemah dalam kehidupan seharian.

Akhir kata, salam imtihan buat semua, moga kita mampu menjadi `pemaham` Islam yang baik dan pengamalnya. Tidak ada yang mudah didunia ini melainkan kitalah yang perlu bersungguh-sungguh. Tuntutan itu pasti ada selagi kita bergelar orang beriman dan hambaNya, salam perjuangan buat semua!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, May 13, 2009 1 comments


Tidak ada lafaz yang mampu diucapkan untuk menghargai insan istimewa ini. Malah jika ada 365 hari dalam setahun, untuk menghargai dan membalas jasa seorang ibu memerlukan 365 juta hari. Pendek kata, tidak akan mampu untuk membalasnya. Apa pun, pasti bukan itu yang dipinta oleh seorang ibu. Dialah ibu, dialah pendidik, dia jugalah tempat mengadu, dialah segalanya.

Sempena hari ibu pada tahun ini, ucapan Selamat Hari Ibu dilafazkan buat ibu yang tersayang. Anak dikejauhan ini tidak mampu memberikan apa-apa untuk ibu melainkan mengharapkan doa ibu supaya mendoakan anak ini berjaya. Moga-moga kejayaan anak ini nanti menjadi hadiah teristimewa buat ibu. Terima kasih juga buat ibu yang menjaga dan membesarkan saya seusia 23 tahun ini.

Moga ibu dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberkati segala amalan ibu. Moga-moga ibu tidak jemu menasihati dan mendidik anak ini sampai bila-bila. Anak ini sangat memerlukan bimbingan dan doa ibu apatah lagi anak ini jauh dari ibu.

" doakan Alan jadi anak yang soleh..."

Maqor Jam`iyah..2.27am

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, May 10, 2009 0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS