Keputusan status agama anak ikut hukum syarak

IPOH: Isu penentuan agama anak apabila ibu atau bapa memeluk Islam perlu dilihat dari aspek hukum syarak dan perundangan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, berdasarkan beberapa kenyataan sebelum ini, perkara itu tidak perlu diperjelaskan lagi kerana dibimbangi berlaku percanggahan lain.

"Sudah ada kenyataan dikeluarkan. Ia membabitkan soal undang-undang dan kita perlu asingkan. Kita tidak mahu beri (ulas) sebab dibimbangi ada percanggahan lain (pendapat) pula.

"Sekarang kita terima keputusan sedia ada," katanya selepas merasmikan Ekspedisi Kasih ke Perkampungan Orang Asli Pos Raya di Simpang Pulai, Pos Hendrop dan Pos Tuel di Gua Musang, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan bahawa kanak-kanak kekal menganut agama asal ibu dan bapanya walaupun selepas seorang daripada pasangan menukar agama.

Ketika ditanya tindakan isteri Mohd Ridzuan Abdullah atau K Patmanathan, 40, bekas penganut Hindu yang kini memeluk Islam memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Ipoh, kelmarin, bagi mendapatkan hak penjagaan tetap ke atas tiga anak mereka, Jamil menegaskan perkara itu perlu diputuskan mahkamah.

"Pasangan itu sudah bawa perkara itu ke mahkamah, biar mahkamah memutuskannya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Jamil meminta jabatan dan agensi berkaitan memperluaskan kegiatan bagi merapatkan hubungan masyarakat luar dengan Orang Asli, selain memperkenalkan kemuliaan Islam sebagai agama fitrah.

Beliau berkata, program itu termasuk Ekspedisi Kasih diharap memberi kesan lebih baik kepada Orang Asli seterusnya meyakinkan mereka untuk mendalami agama Islam.

Sumber : Berita Harian Online.

Apa-apa perkara sekalipun, rujukan kita adalah Quran, Sunnah dan para Ulamak. Sahabat-sahabat boleh dapatkan maklumat dan penjelasan berkenaan isu ini di www.pmram.org . dalam isu ini kita doakan moga-moga mendapat penyelesaian yang terbaik agar Islam itu sentiasa dianggap yang terbaik dan orang bukan Islam akan tertarik dengan Islam.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, April 26, 2009 1 comments


Menuntut ilmu bukanlah ada waktu yang bermusim, hakikat yang saya ingin tegaskan lagi. Namun begitu, iman itu sifatnya turun dan naik. Adakalanya kita akan begitu bersemangat dan adakalanya kita rebah menyembah bumi. Satu-satu masa kita mampu istiqamah untuk ke pengajian, apabila tidak ada bebanan yang perlu dipikul sudah tentu kita akan bersemangat, akan tetapi semangat ini akan sedikit luntur,bahkan terus luntur jika kita ada amanah-amanah yang lain yang perlu dilaksanakan.

Ya, secara hakikatnya ilmu itu perlu diutamakan
berbanding kerja-kerja sampingan yang lain, bahkan perlu diketepikan semata-mata untuk menuntut ilmu. Itulah tujuan asal keberadaan kita di bumi Al Azhar ini. Realitinya pula, ia berdasarkan kesungguhan kita sendiri. Bak kata pepatah " mahu seribu daya,mahu seribu cara".

Hari ini hari kedua saya menghadiri semula pengajian bersama Syeikh Yusri di Jabal Muqattam setelah hampir sebulan lebih saya menyepi. (Doakan saya menjadi seorang yang istiqamah dalam pengajian). Semalam kami bersama-sama khatam al quran dan hari ini kami mulakan bersama-sama syeikh Yusri dari awal fatihah.

Saya tidak berhasrat untuk menceritakan tentang pengajian ini. Sebagaimana yang sahabat-sahabat maklum, Syeikh Yusri membacakan pada kami Kitab Tuhfatul Ahwazi syarah kepada Jami` Tirmizi oleh Al Imam Almubarkafuri/ Almubarakfuri( boleh dibaca dua wajah) setiap hari selepas Subuh. Sahabat yang ada kelapangan masa bolehlah untuk ke sana.

Apa yang saya ingin sebutkan adalah tentang kawan. Kawan adalah aset yang sangat penting. Orang akan menilai kita juga melalui kawan-kawan disekeliling kita dan dengan siapa kita berkawan. Sepertimana sabda nabi saw mafhumnya: "Orang beriman itu merupakan cermin buat orang beriman yang lain" . Memang itulah lumrahnya. Kawan juga mampu mencorak diri dan kehidupan kita. Dengan kawan jugalah kita mampu untuk rajin menuntut ilmu. Bagaimana ya? Dengan kita mendampingi mereka-mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Siapa kawan kita ya?

"Seronoknya dapat pegi balik kelas pagi ini" kata saya pada Ustaz Juzaili. " Nak kena lawan sikit" balas Ustaz Juzaili kepada saya yang lebih memahami `situasi` saya.

Jika berharap kepada kudrat saya sendiri untuk pergi ke pengajian, saya dapat rasakan terlalu kerdil diri ini. Saya rasa agak gagah sedikit kerana berada bersama-sama mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Bahkan saya berharap agar saya juga mampu untuk menjadi seperti mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Mungkin saya terlalu jauh untuk menjadi seperti Dr Aziz Hanafi yang apabila disebutkan sahaja nama Al Imam Assyafie berlinangan airmata beliau. Terlalu marah beliau apabila mendengar ada orang menghina Imam Ghazali.. Allahu Rabbi..Tidak dapat digambarkan betapa nikmatnya mencinta ilmu dan para ulamak melainkan ahlinya.

Jangan malu untuk mulakan dari bawah. Kata-kata ini selalu saya gunakan untuk menyuntik semangat saya sendiri. Terasa kerdil itu perlu untuk kita tawadhuk dalam menuntut ilmu, akan tetapi jangan sampai kerdil kita dipijak-pijak musuh Islam. Malu dalam menuntut ilmu perlu ditolak jauh-jauh. Ilmu itu tidak akan datang kepada kita melainkan kitalah yang pergi mencarinya.

Mudah-mudahan kita semua tergolong bersama-sama mereka yang cintakan ilmu dan ulamak. Doakan juga kejayaan kita untuk imtihan yang terlalu hampir ini. Mohom maaf dan ampun buat semua yang mengenali saya andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita.

Allahumma ij`alna min almutaffiqin fi tolabil `ilmi , wa ij`alna minal ulamak al mustaqbalin..aim ya rabbal `alamin..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Saturday, April 25, 2009 1 comments

Kucing pun tahu erti penat, anda bagaimana? hehe, fatrah imtihan sudah terlalu hampir, sepatutnya kita telahpun tinggalkan kerja-kerja persatuan kita untuk kita berikan tumpuan yang lebih terhadap subjek imtihan kita. Walaupun hakikatnya `study` itu bukanlah bermusim bahkan sepanjang masa kita perlu menuntut ilmu. Akan tetapi tuntutan imtihan perlu di ambil berat kerana ia juga sebahagian daripada proses menuntut ilmu.

Kita juga maklum, kerja-kerja dakwah ini tidak pernah ada noktahnya. Selagimana kita bergelar muslim, dakwah mesti diteruskan walaupun kita akan menghadapi imtihan sekalipun. Ala kulli hal, dakwah sangat luas mediumnya, kejayaan kita dalam imtihan di Al Azhar ini juga dakwah jangka masa panjang untuk kita di tanah air nanti.

Saya teringat akan falsafah imam Hanafi r.a yang diceritakan oleh sahabat saya, yang mana imam besar mazhab Hanafi ini membahagikan masanya kepada tiga bahagian. Satu pertiga masanya untuk beribadah, satu pertiga lagi untuk bermuamalat dan satu pertiga lagi masanya dihabiskan menuntut ilmu.

Falsafah hidup ini jika dilihat dari aspek kita sebagai mahasiswa amat praktikal untuk dilaksanakan. Satu pertiga masa dimanfaatkan sepenuhnya untuk menimba khazanah ilmu yang terlalu banyak di bumi mesir ini. Satu pertiga lagi kita laburkan untuk memohon rahmat dan petunjuk dari Allah dengan qiamullail, zikir dan amalan-amalan yang lain supaya ada keberkatan dalam kita menimba ilmu, manakala satu pertiga masa kita yang berbaki, kita gunakan dengan seoptima yang mungkin untuk mempraktikkan ilmu yang dipelajari dengan kerja-kerja persatuan. Ilmu ini sifatnya jika selalu dipratikkan ia akan semakin matang. Semakin banyak persoalan yang kita timbulkan, semakin banyak kita berfikir. Semakin banyak kita berfikir, semakin banyak jawapan yang kita perlu cari.

Moga-moga falsafah ini mampu disebatikan dalam jiwa kita. Nampak mudah bukan? Tepuk dada tanya iman.

Selamat beramal ( moga-moga sahabat tak `futur` macam kucing tuh...he) Sama-sama update semangat dengan menambah kefahaman.
maqor - 2.22am

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, April 23, 2009 0 comments



Bahang imtihan al Azhar fasa kedua semakin terasa apabila jadual imtihan telah dikeluarkan dengan rasmi di semua peringkat. Apatah lagi persediaan saya yang agak `kurang` menyebabkan kita sedikit goyah. Namun ujian dunia ini perlu dihadapi dengan baik supaya kita mendapat tempat yang baik dimata masyarakat dengan imej al azhar @ pelajar agama. Mudah-mudahan sahabat-sahabat semua bersedia dengan baik untuk peperiksaan yang akan datang ini. Salam imtihan buat semua, moga kita semua diberi kefahaman yang baik dan menjawab dengan mudah. Moga ujian dunia ini juga menjadikan kita lebih bersedia untuk ujian akhirat yang tidak ketahuan masa dan waktunya.... " Allahumma ij`alna minan najihin fil imtihan wal ikhtibar fid dunia wal akhirah"

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, April 17, 2009 0 comments

Sejak berada dalam dunia setiausaha ini, penulis semakin berminat untuk mendalaminya. bahkan kini penulis sedaya upaya untuk mencari maklumat-maklumat yang banyak tentang kesetiausahaan dan kepejabatan. Juga yang berkaitan dengan pengurusan seperti surat menyurat, protokol, pengacaraan majlis dan lain-lain. Walhal sebelum ini tidak terlintas pun di fikiran bahawa penulis akan `bermain` dengan benda-benda ini. Mungkin ada baiknya.


( Untuk download borang sila buka akhbar utusan malaysia )

Apabila penulis terbaca satu iklan dalam akhbar utusan, penulis mendapat satu lagi idea baru, walaupun idea ini telah pun diketengahkan sebelum ini, akan tetapi penulis berhasrat untuk menterjemahkannya dengan baik. Apa ya agaknya? Hmm..... Sudah tentu yang berkaitan dengan kesetiausahaan. Usaha saban tahun pihak akhbar utusan ini dengan beberapa pihak saya kira patut disahut dengan baik. Penulis berhasrat mengadakannya di bumi Mesir ini. Rata-rata kita mengetahui, lepasan azhar sering dikatakan lemah dalam bidang pengurusan . Sejauh mana betul atau tidak penulis tidak mengetahui. Cuma pada diri penulis sendiri, masih terlalu banyak yang perlu dipelajari.

Untuk menjayakan idea ini, penulis sangat berharap pada individu-individu yang berminat dan berkelayakan untuk sama-sama menjayakannya. Penulis juga berharap agar ada lepasan kita yang berada di Malaysia untuk mengambil bahagian dalam kursus ini.

Kepejabatan dan pengurusan bukanlah satu perkara yang kecil bahkan ianya sangat memainkan peranan yang besar baik dalam sesebuah organisasi, persatuan apatah lagi dalam sesebuah negara. Pengurusan yang baik sangat dituntut dalam Islam, bahkan ianya juga sebahagian daripada ajaran Islam.

Kata Imam Ali Karamalllah wajhah : " Kebenaran tanpa sistem yang baik akan dikalahkan oleh kebatillan yang sistematik. "

meja s/ua 2.52pm

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, April 15, 2009 2 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS