Pada tengah malam tadi,(waktu Mesir) rombongan jemaah haji dibawah kelolaan PMRAM telah selamat bertolak. Alhamdulillah... .Saya dikhabarkan oleh Pemangku Setiausaha Agung Saudara Mohd Labib yang juga merupakan Badan Pengurus yang bertanggungjawab menguruskan jemaah Haji pada tahun ini.

Semoga para jemaah Haji pada tahun ini dapat mengerjakan ibadah Haji dengan sebaik mungkin. Moga-moga ibadah kalian dan kita semua diterima Allah swt. Tak lupa buat semua yang terlibat dalam menguruskan para jemaah Haji PMRAM 1430H, moga kalian juga diganjar Allah swt. Saya juga berpengalaman dalam mengurus para jemaah Haji, memang memerlukan kesabaran yang tinggi.

Kenangan Haji pada tahun lalu..

Ustaz Khairul Anuar menyampaikan amanat Presiden









p/s : Ya Allah, murahkan rezekiku untuk menjadi tetamu mu... amin.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Monday, November 23, 2009 0 comments


Buku Freemason oleh Ustaz Nik Azran dan Ustaz Mahadi

Sedikit perkongsian ceramah oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang berkenaan Freemason. Boleh lihat sendiri di Youtube link berikut :
http://www.youtube.com/watch?v=fC76_Xv8pBc&feature=related

p/s : sedikit masalah berlaku untuk proses upload video..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, November 22, 2009 0 comments



Pernah terdengar atau terbaca tajuk ini bukan? Pastinya kebanyakan dari kalian telahpun menyaksikan video tersebut. Video yang memaparkan kajian berkenaan pergerakan Freemason ataupun dalam bahasa arabnya `almasuniyyah` yang dibuat oleh Noreagaa dan Archernahr Production. Mereka menjelajah keseluruh Amerika bagi mendapatkan segala maklumat berkenaan pergerakan ini. Satu perkongsian yang sangat menarik.

Mungkin ramai yang telah mengetahui berkenaan pergerakan ini melalui pembacaan dan mungkin masih ramai lagi yang belum mengetahui. Walaubagaimanapun, sudah banyak buku-buku yang diterbitkan menulis berkenaan freemason.

Video ini perlu ditonton oleh semua. Realitinya, era moden kini tidak ramai yang berminat untuk membaca bahan-bahan bacaan sebegini yang diletakkan dalam kategori `bacaan berat`, mungkin tayangan video bersiri ini sebagai penggantinya. Sedarlah, musuh sentiasa merancang untuk menjauhkan umat Islam dari Islam bahkan perancangan mereka sangat teliti! Bukan mudah untuk mereka menyiapkan video tersebut! Pelbagai ujian yang mereka hadapi.

Melalui video ini, banyak pendedahan yang telah mereka bongkar. Satu perkara yang menarik berkenaan video ini ialah jalan ceritanya yang tersusun. Juga mudah untuk difahami. Anda seakan-akan ternanti-nanti untuk menyaksikan videos seterusnya. Tidak percaya? Silalah saksikannya. Tidak dapat dinafikan, ada beberapa adegan video tersebut yang agak menjolok mata. Hakikatnya, itulah agenda yang mereka telahpun mereka tanamkan ke dalam pemikiran kita selama ini.

Buku berkenaan Freemason juga pernah diterbitkan dibawah terbitan PMRAM yang ditulis oleh Ustaz Nik Azran Muhamed dan Ustaz Mohd Mahadi Isa. Juga turut diterbitkan di Malaysia dan mendapat perhatian oleh akhbar Berita Harian.


Iqra: Mengenali ancaman Yahudi, Freemason

Nama Buku: Gerakan Freemasonry - Musuh dalam Menghancurkan Islam
Pengarang: Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa
Penerbit: Hijjaz Records Publishing
Pengulas: Muhd Yusuf Abu Bakar.

BAGI mereka yang ingin mengetahui komplot Yahudi memerangi musuh terutama Islam, buku mengenai Freemason dan Zionis tentunya menjadi kitab wajib untuk diteliti bagi mengetahui gerakan dan dakyah secara sulit atau terangan yang dilakukan untuk melemahkan pengaruh umat goyim (bukan Yahudi) di bumi ini.

Buku Gerakan Freemasonry - Musuh Dalam Menghancurkan Islam yang ditulis oleh Nik Azran Muhamed dan Mohd Mahadi Isa mempunyai jawapan yang lengkap mengenai persoalan berkenaan. Pengarang memberi maklumat lengkap berserta nota kaki yang panjang mengenai pengertian, prinsip, matlamat dan cabang gerakan Freemason yang berakar umbi sejak abad 17 lagi.

Pengarang membuat rujukan lengkap terutama dari makalah dan buku dalam bahasa Arab bagi menguatkan hujah mengenai gerakan berkenaan yang bermula di Britain sehingga berkembang di Amerika Syarikat yang kini menjadi pusat utama gerakan Freemason yang bermatlamat menguasai kerajaan di dunia ini supaya patuh kepada telunjuk Yahudi.

Malah pengarang turut mengaitkan meletusnya Perang Dunia Pertama dan Kedua dicetuskan oleh kelompok Yahudi sebagai laluan bagi penubuhan negara Yahudi di tanah Arab yang akhirnya dunia selepas Perang Dunia Kedua terpaksa tunduk bagi penubuhan negara Israel.

Buku ini turut mengemukakan hujah mengenai perbezaan dan persamaan antara Zionis dan Freemason, yang kedua-duanya bergerak serentak bagi mengekalkan penguasaan Yahudi para peringkat antarabangsa melalui penguasaan ekonomi, politik dan media. Malah senarai panjang mengenai syarikat Yahudi yang menguasai ekonomi, perbankan, media dan kemasyarakatan turut disertakan untuk rujukan pembaca.

Dalam pada itu pengarang buku ini, turut membuat kajian teliti mengenai peranan Freemason dalam menjatuhkan Khalifah Islamiah Uthmaniah di Turki sehingga berjaya mengangkat Mustafa Kamal Attaturk yang didakwa berketurunan Yahudi, sehinggakan Turki terus berubah dari negara Islam kepada sekular. Peranan Kamal Attaturk memusnahkan sistem Khalifah Islam di Turki dengan memperkenalkan pembaharuan dan pemodenan diberi gambaran jelas, sehingga menyebabkan umat Islam di seluruh dunia kehilangan tonggak kepemimpinan Islam sehingga kini masih dirasai.

Mungkin kesilapan pengarang menggunakan gambar masjid berkubah kuning sebagai masjid al-Aqsa, sedikit mengelirukan pembaca. Sebenarnya, gambar masjid berkubah kuning yang sering ditonjolkan media antarabangsa di bawah pengaruh Yahudi sebenarnya bukan Masjid al-Aqsa, walaupun terletak dalam kompleks Masjid al-Aqsa. Sebaliknya masjid al-Aqsa sebenarnya, cuba dihilangkan dari pandangan masyarakat Islam melalui momokan media antarabangsa bagi membolehkan agenda buruk mereka memusnahkan masjid berkenaan tercapai.

Apapun, buku ini menarik untuk dibaca dan banyak maklumat terkini boleh dikutip bagi mengingatkan masyarakat Islam mengenai musuh yang tidak pernah berputus asa untuk menghancurkan Islam, sejak dulu sehingga kini, sehingga Allah menghentikannya.
(rujukan : arkib berita harian)


Saya tidak mahu mengulas panjang. Saya juga masih lagi terus menyaksikan video tersebut untuk kesekian kalinya. Masih banyak maklumat yang saya ingin dapatkan. Video berkenaan pergerakan Freemason ini boleh dilihat pada link berikut ( versi terjemahan bahasa melayu) :

http://holywar-efairy.blogspot.com/2009/10/satu-ketibaan-arrival-versi-malaysia.html?widgetType=BlogArchive&widgetId=BlogArchive1&action=toggle&dir=open&toggle=MONTHLY-1251734400000&toggleopen=MONTHLY

http://www.youtube.com/watch?v=ixhZfl1jFcs&eurl=file%3A%2F%2F%2FC%3A%2FProgram%2520Files%2FYahoo!%2FMessenger%2FHHDKPp.05yhA1c6hWC.l1A--&feature=player_embedded#t=211

p/s : wake up people!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments

Dua hari yang lalu, telah genap sebulan Majlis Kutub Sittah dilaksanakan. Akan tetapi, isu berkenaan Majlis ini masih lagi hangat diperkatakan. Apabila melibatkan banyak pihak, semakin banyak fakta yang dikeluarkan. Bahkan, saya juga tertanya-tanya siapakah pelajar yang berhubung terus dengan YB Zulkifli Nordin ketikamana isu ini dibangkitkan oleh beliau di sidang Parlimen. Mungkin ada beberapa fakta yang perlu diperbetulkan.

Terlalu banyak spekulasi yang ditimbulkan. Lebih-lebih lagi dalam shoutbox saudara Syafiq Zulakifli selaku mantan penasihat PMRAM. Dalam isu ini, PMRAM masih lagi menjadi sasaran beberapa pihak walhal sudah nyata PMRAM sedang dizalimi. Isu ini sudah selesai? Usah bermimpi disiang hari. Kalau tidak tahu, silalah bertanya pada yang tahu!

Saya juga dikhabarkan, selepas isu ini bangkit di Parlimen, Pengarah JPMK diminta pulang untuk membuat penjelasan. Barangkali, saya berfikir saya juga perlu membuat kenyataan dan juga beberapa penjelasan sekiranya `ada` kesamaran dan kesalahan fakta.

Saya bersedia memberi sebarang keterangan jika diperlukan...

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, November 18, 2009 0 comments

Salam buat semua, Alhamdulillah... Saya selamat tiba di bumi Malaysia tercinta. Terubat jua rindu pada keluarga tercinta. Tiga tahun tidak pulang, terlalu banyak perubahan yang dapat saya lihat. Baru hari ini dapat saya menjenguk ke blog saya. Penerbangan menaiki flight Qatar Airways, sempat singgah di Doha dan terus ke KLIA selepas hampir sepuluh jam penerbangan.

Dua hari saya tidak membaca apa-apa berita dari Mesir. Ketika membaca surat khabar pada pagi tadi, ada satu berita yang menarik perhatian saya. Rupa-rupanya, berita mengenai Majlis Pembacaan Kutub Sittah semakin mendapat perhatian ramai. Lebih-lebih lagi di Malaysia.


Penulis Bersalaman dengan Fadhilatul Mufti

MSD didakwa gagal program pelajar M'sia di Mesir
Nov 16, 09 12:33pm
Dewan Pemuda PAS (DPP) pusat membantah tindakan Jabatan Pelajar Malaysia (MSD) Kaherah yang didakwa telah menggagalkan program pembacaan hadis Bukhari anjuran Persekutuan Melayu Arab Mesir (PMRAM) yang sepatutnya berlangsung di Pusat Persidangan Al Azhar (ACC) bulan lalu.

Nasrudin mendakwa, pengarah MSD Kaherah, Prof Dr Jamil Hashim telah menghantar surat kepada Syeikhul Al Azhar meminta program itu dibatalkan pada saat-saat akhir.

"Apa yang paling malang, alasan yang digunakan oleh pihak MSD ialah PMRAM adalah ejen parti pembangkang Malaysia," kata Nasrudin dalam satu kenyataan hari ini.

Program itu dijadual diadakan pada 16 hingga 19 Oktober di pusat tersebut yang mampu menampung sekitar 700 peserta.

Ekoran itu, katanya, program itu terpaksa dipindahkan ke Tingkat 5, Dewan Rumah Johor di Kaherah yang hanya mampu menampung sekitar 300 peserta yang antaranya terpaksa mengikut program itu di tangga dan kaki lima bangunan tersebut.

Nasruddin berkata, majlis perasmian program tersebut oleh Mufti Mesir, Syeikh Dr Ali Jumuah, terpaksa diadakan di sebuah gelanggang bola keranjang di situ.

Katanya, selain mufti Mesir, antara ulama hadis yang dijemput berucap ialah Syeikh Muhammad Ibrahim al-Kattani, Syeikh Jamal Farouk, Syeikh toha Dusuqi di Hubaisy, Syeikh Dr Yusri Rushdi Saiyyid al Hassani, syaikh Ahmad Hajain, Syeikh Dr Da'ad Jawish, Syeikh Asyraf Imam Masjid 6 Oktober dan Syeikh Usamah Mahmud al Azhari.

Nasrudin menyifatkan tindakan MSD itu sebagai taktik usang untuk memberi imej buruk dan tekanan kepada PMRAM agar tidak berfungsi sebagai sebuah badan kebajikan mahasiswa dengan baik dan berkesan.

Beliau juga mempersoalkan hak MSD untuk menganggu aktiviti PMRAM sedangkan ia sebuah badan kebajikan yang sah berdaftar dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir.

Berikutan tindakan MSD itu, katanya, mahasiswa Universiti Al Azhar telah menubuhkan jawatankuasa khas, DESAK, untuk menuntut MSD memohon maaf secara terbuka dan kembali membersihkan nama baik PMRAM.

Mereka juga menuntut supaya Prof Dr Jamil dipanggil balik dan ditukar kerana didakwa gagal memainkan peranannya sebagai pengarah MSD yang sepatutnya membantu mahasiswa danbukannya "menghalang mereka menuntut ilmu".

"Paling ringan, Dewan Pemuda PAS mendesak supaya Prof Dr Jamil diberi amaran keras oleh pihak kerajaan agar ia menjalankan tugas sebagai pengarah MSD dengan penuh dedikasi tanpa menyusahkan mahasiswa dengan agenda dan tanggapan jahat mereka terhadap mahasiswa," katanya.

Nasrudin berkata, menuduh PMRAM sebagai ejen parti pembangkang bukan sahaja berniat jahat tetapi juga menggangu emosi mahasiswa di Mesir.

Malah, dakwanya, ia bukan perkara baru kerana sejak 1991, PMRAM sering diganggu oleh MSD dengan dituduh sebagai ejen pembangkang tanpa sebarang bukti.

Sebelum ini, isu ini telahpun disebutkan oleh YB Zulkifli Nordin ( PKR-Kulim Bandar Baru ) di dalam Parlimen Malaysia. Lihat di sini http://www.youtube.com/watch?v=zz7Chy6KDsk&feature=related

Kebenaran tetap kebenaran. Saya hanya berharap pihak JPMK tidak membuat kenyataan untuk membela diri jika memang jelas ianya adalah salah. Sila profesional dalam segala tindakan dan adil pada semua mahasiswa.

Juga boleh lihat kenyataan daripada Ustaz Nasarudin Tantawi di sini http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/11/pmram-terus-dizalimi.html . Kenyataan beliau juga telah dimasukkan ke dalam surat khabar Sinar Harian bertarikh 17/11/09 di ruangan info." Pengarah MSD tidak profesional"


Fadhilatul Mufti menyampaikan ceramah sekaligus ucapan menutup majlis

p/s : Moga Allah golongkan kita bersama mereka yang sentiasa berkata benar dalam apa jua situasi dan keadaan... amin.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, November 17, 2009 0 comments



Salam buat semua,
NOMBOR TELEFON ANA 0110623230 SUDAH TIDAK DIGUNAKAN. SEBARANG PERMASALAHAN SILA HUBUNGI MANA-MANA BADAN PENGURUS. HARAP MAAF DI ATAS KESULITAN.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, November 13, 2009 0 comments


Penulis tertarik dengan artikel yang ditulis oleh teman kita dari Terengganu. Link http://titianfitrah.blogspot.com/2009/10/musim-sejuk-bagi-seorang-mukmin.html .Sesuai dengan kita yang akan memasuki musim sejuk tidak berapa lama lagi ( sudah pun berada di fatrah awal musim sejuk ). Ada manfaatnya bersama. Penulis tertarik dengan kalam Ibnu Mas`ud : “ Selamat datang musim sejuk, turun padanya keberkatan, malamnya panjang untuk berqiamullail, pendek siangnya untuk berpuasa.”

Tidak ada alasan sebenarnya untuk kita beribadah. Musim sejuk juga bukan hujahnya. Aturan Yang Maha Esa sangat cantik. Selamat membaca dan selamat beribadah buat semua. Moga ibadah kita diterima dan istiqamah...

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, November 8, 2009 0 comments


Menjadi khalifah Allah di muka bumi bukanlah bererti kita mempunyai kekuasaan dan taraf yang berbeza. Bahkan khalifahnya seorang mu`min ibarat hamba kepada rakyatnya ( Sayyidul Qaumi Khadimuhum ). Sebagai seorang pimpinan, kita tidak dapat lari daripada bermasyarakat. Apatah lagi hidup di berpersatuan. Di dalam kita bermasyarakat ada adab dan akhlaknya. Tidak ada panduan yang terbaik untuk memandu kita di dalam berakhlak melainkan Al Quran dan Sunnah Baginda saw. Sabda baginda saw yang bermaksud : "Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia".

Sebagai panduan kita di dalam bermasyarakat, saya ingin berkongsi bersama kalian Tafsiran daripada surah Al Hujurat. Mudah-mudahan ada sedikit manfaat buat kita bersama.

( Tafsir Al Munir oleh Syeikh Doktor Wahbah Az Zuhaili )

Surah Al Hujurat merupakan surah yang ke 18 dan merupakan surah madaniyyah. Dinamakan surah ini dengan nama Al Hujurat disebabkan teguran Allah ta`ala kepada sebahagian masyarakat Arab yang memanggil baginda saw dari belakang rumahnya ( iaitu dari bilik-bilik isteri-isteri baginda saw, sebagai larangan menyakiti baginda saw dan menghormati isteri-isteri baginda saw.

Surah ini juga dinamakan dengan surah "Al Akhlak dan Al Adab" kerana surah ini mengajar kita kepada adab bermasyarakat, kaedah bergaul, dan mengajak kepada akhlak yang mulia dan kelebihan beramal. Asas-asas adab ini terbahagi kepada 5 bahagian :

1) Taat kepada Allah dan Rasul
2) Memuliakan perihal Baginda saw
3) Mengisbat akan sesuatu berita yang didengari
4) Larangan menyakiti manusia
5) Larangan mengintip, menipu dan berburuk sangka

Secara umunya, surah ini meliputi hukum-hukum berkaitan institusi Masyarakat Islam yang dibina atas sistem tarbiah yang ampuh dan akhlak yang mulia hinggakan ia dinamakan dengan surah "Al Akhlak" bertepatan dengan perintah memelihara akhlak dan menjaga adab. Adab-adab pula terbahagi kepada dua bahagian.

Yang pertama : Adab khusus

Pada permulaan ayat ini, Allah ta`ala menceritakan kepada kita hubungan di antara nabi saw dan umatnya. Diperintahkan kepada kita untuk mentaati Allah dan RasulNya dan larangan bercanggah dengan keduanya. Kemudian diikuti pula dengan perintah merendahkan suara ketika berbicara dengan Baginda saw. Orang-orang beriman diminta supaya memanggil Rasulullah dengan sifat kenabian baginda saw bukannya dengan nama mahupun gelaran baginda saw sebagai meninggikan darjat baginda saw.

Yang kedua : Adab umum
Selepas berbicara tentang adab secara khusus bersama baginda saw, surah ini berbicara pula tentang adab sesama masyarakat umum. Iaitu hubungan sesama manusia. Di dalam surah ini, kita diminta supaya meneliti akan sesuatu khabar yang didengari, bukannya menerima tanpa usul periksa dan sumber yang betul. Juga perintah untuk memperelokkan di antara dua kumpulan yang bertelagah.

Dipaparkan juga saranan untuk membina persaudaraan dan kasih sayang sesama orang beriman, menjauhi dari perpecahan jemaah dan memulakan pertelingkahan, menimbulkan sentimen kebencian dan hasad dengan sebab sakit hati dan lain-lain. Larangan ini meliputi seluruh kaum Adam dan Hawa samada dengan sebab sangka buruk, mengintip ( jaga tepi kain orang ) ataupun menipu.

Dipaparkan juga kepada kita prinsip persaudaraan insan, kesamarataan antara bangsa dan individu dari pelbagai latar belakang. Tidak ada permusuhan dan perbezaan taraf, adapun kelebihan seseorang itu dinilai disisi Allah berdasarkan ketaqwaan, amal soleh dan akhlaknya yang mulia.

Surah ini ditamatkan dengan menceritakan perihal golongan Badawi. Juga disebutkan perbezaan antara iman dan Islam dan sifat-sifat serta syarat-syarat mu`min yang sempurna.

Sebab turun ayat

Doktor Wahbah Az Zuhaili mendatangkan beberapa dalil penurunan :
1) Diturunkan ayat "Ya Ayyuhal lazi na Amanu la Tuqaddimu... pada pertelingkahan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar radhiAllah `anhuma dihadapan Nabi saw pada pelantikan Al Qa`qa` bin Ma`bad ataupun Al Aqra` bin Habas. - Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan selainnya

2) Ayat " La tarfa`u ashwatakum..." Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir dari Qatadah : Mereka lantang ketika berbicara dan mengangkat suara-suara mereka lalu turunlah ayat ini...
Diriwayatkan bahawa ayat ini turun kepada Thabit bin Qais bin Shammas yang bermasalah pada telinganya menyebabkan apabila beliau berbicara beliau akan mengangkat suaranya. Adapun beliau berbicara bersama Rasulullah saw dan menyakiti Baginda saw maka turunlah ayat ini...

Untuk permulaannya, saya berhenti dahulu di sini. Saya akan sambung lagi bicara kita pada lain masa.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 1 comments


"Gambar ehsan dari blog saudara Syafiq Zulakifli"

Semalam Kenduri Walimah Tuan Presiden. Tunggu giliran yang apitnya pula, Abang Khairul Syazwan bila lagi tuh?hehe.. Apa-apa pun, moga Tuan Presiden dan isteri berbahagia hingga ke anak cucu...

p/s : Jangan lupa balik Mesir! :)

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments



Adik-adik baru kita sedang menduduki ujian `percubaan anjuran PMRAM di Rumah Johor Rab`ah. Selamat menjawab buat semua. Baca dengan teliti dan gunakan masa sebaik mungkin. Anda pasti berjaya! Bi iznillah... Amin..

p/s : Abang-abang lama jangan lupa ke kuliah ;)

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Saturday, November 7, 2009 0 comments

Berikut merupakan maklumat tambahan yang saya ambil daripada saudara Mohd Yazid Pardi selaku Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM, yang diperolehi daripada pelajar Indonesia.

Secara umumnya, tidak jauh berbeza dengan soalan yang saya ambil dari pelajar Singapura. Jika berbeza sekalipun hanyalah pada petikan-petikan dan soalan-soalan yang ditanya tanpa merubah bentuk soalan tersebut.

1) Petikan yang bertajuk Qutaibah bin Muslim dibacakan oleh Doktor dan jawapan berbentuk pilihan(abc) - ( 20 markah )
2) Petikan diberikan. Baca dan jawab soalan - ( 20 markah )
3) Nahu sorof ( diambil dari petikan dua ) pilihan abc sebanyak 10 soalan
4) Susun kalimah menjadi ayat yang lengkap - ( 10 markah )
5) Perkataan seerti dan berlawanan - ( 10 markah )
6) Betulkan kalimah yang salah. - ( 10 markah )
7) Letakkan huruf jar ditempat yang sesuai - pilihan abc
Isi tempat kosong - ( 10 markah )
8) Perbetulkan kesalahan di dalam petikan. ( 10 markah )
9) Membuat karangan. Ada dua tajuk yang diberikan
- Al`amal fil Islam
- Al`ilmu fi Al Azhar
( sepanjang 15 baris - 10 markah )
10) Kemahiran mendengar dan menulis. ( Doktor membaca petikan dan pelajar tulis ) Tajuk : Assohabah - ( 10 markah )

11) Muhadathah / Perbualan. Tajuk yang diberi : Sejarah Imam Ibnu Hanbal ( Baca petikan tanpa baris), dan soalan-soalan perbualan umum ( nama, asal, adik beradik dan lain-lain )

Selain itu, saya juga mendapat makluman bahawa keseluruhan markah soalan sebanyak 160 markah dan markah kelulusan adalah 100 markah. Sekadar makluman. Maklumat rasmi akan dikeluarkan di dalam web PMRAM.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, November 5, 2009 0 comments


Apa khabar PMRAM hari ini? Persoalan ini saya tanyakan buat kepimpinan PMRAM khususnya dan ahli PMRAM umumnya. Semakin hari, semakin banyak isu yang melanda PMRAM. Saya berdoa agar semua isu mampu ditangani oleh PMRAM, diri saya sendiri bersama sahabat kepimpinan yang lain dengan baik. Ada sahaja permasalahan yang perlu diselesaikan setiap hari. Itulah hidup namanya. Tidak ada yang mudah.

Isu Kutub Sittah masih lagi berterusan. Bahkan DESAK yang ditubuhkan pada 21 Nov yang lalu telahpun berjaya menghantar memorandum ( himpunan tanda tangan ) yang diketuai oleh Saudara Adnan Wazir. Syabas buat kalian. Akan tetapi seakan ianya tidak habis di situ. Saya juga terbaca satu surat yang ditulis oleh seorang yang `berpelajaran tinggi` berkenaan isu Kutub Sittah ini. Mungkin beliau juga bakal dipanggil sebagai penceramah motivasi di program PMRAM terdekat ini. Saya tidak berhasrat mengulas panjang. Kalian boleh baca di sini. http://kalimahtayyibah.blogspot.com/2009/11/mesej-profesor-kolej-islam-klang-kepada.html

Fokus saya pada kali ini adalah imtihan qobul. Peperiksaan yang wajib untuk diduduki oleh semua pelajar baru pada tahun ini. Ada beberapa maklumat yang ingin saya kongsikan bersama.

Sementara saya menunggu Saudara Azlan Hj Alias yang ditemani saudara Zuhaili Saiman di Hospital di Rab`ah, terdetik di hati saya untuk menghubungi teman saya dari Singapura. Beliau merupakan mahasiswa yang baru sampai pada tahun ini. Saya mengenalinya kerana beliau merupakan salah seorang peserta Majlis Pembacaan Kutub Sittah yang lalu. Perbualan kami berkisarkan imtihan qobul yang telah beliau duduki pada tanggal 26 Okt yang lalu.

Kami berbual panjang. Dan beliau menerangkan kepada saya dengan terperinci soalan-soalan yang ditanyakan kepada beliau. Saya akan ceritakan sedikit sebanyak berkenaan perbualan kami.

Secara umumnya, peperiksaan yang diadakan di Kuliah Dakwah tersebut mempunyai dua sesi. Sesi yang pertama adalah ujian bertulis selama 2 jam dan sesi kedua adalah sesi ujian lisan selama 15 minit. Berikut merupakan soalan-soalan yang ditanyakan kepada beliau yang sempat saya ingat memandangkan tidak ada catatan yang dibuat. Soalan dibuat berdasarkan tiga aspek utama iaitu Kefahaman, Kemahiran mendengar dan Kemahiran bercakap Bahasa Arab :

1) Doktor membaca teks dan pelajar menjawab soalan yang telah sedia ada berdasarkan teks tersebut. Sekitar 10 - 11 buah soalan. Karangan berkisarkan kisah Saidina Bilal Bin Rabah.

2) Jawab soalan berdasarkan karangan yang diberi. Jika soalan pertama berdasarkan teks yang dibacakan oleh Doktor, soalan kedua pula teks telah disediakan di dalam kertas soalan. Hanya baca dan jawab sahaja.

3) Susun semula perkataan yang diberikan menjadi satu ayat yang lengkap. Contoh : Abu nasi makan. menjadi Abu makan nasi.

4) Perkataan berlawanan berdasarkan ayat yang diberikan contoh : Ahmad Dakhilul masjid, fadhiddhuha.. Ahmad Kharijul Masjid.

5) Perkataan seerti dan jawapan diberikan ( pilih jawapan yang sesuai )

6) Kaedah Nahu dan Sorof. ( kurang pasti bentuk soalan )

7) Meletakkan tanda koma, noktah, pembuka kata, tanda seru dan lain-lain yang difikirkan perlu pada ayat yang diberi.

8) Buat karangan bahasa arab yang bertajuk Al Azhar manaratul Ilmi sebanyak lima baris sahaja.

9) Kemahiran mendengar. Tuliskan ayat-ayat yang akan dibacakan oleh Doktor.

Selepas tamat ujian bertulis pelajar dikehendaki `muhadathah` iaitu berbual bersama doktor. Jawab soalan-soalan yang dikemukan oleh Doktor. Pelajar juga diminta untuk berkhutbah dengan tajuk Tholabul `ilmi.

Beginilah sedikit sebanyak soalan-soalan yang sempat saya tanyakan dan ingat berdasarkan perbualan saya dengan teman saya Syafi`i dari Singapura. Mungkin boleh untuk dijadikan sebagai panduan buat adik-adik baru kita. Mudah-mudahan kalian bersedia untuk imtihan tersebut.

Saya juga dikejutkan dengan berita teman kita dari Thailand, bahawa dari jumlah seratus pelajar yang menduduki imtihan tersebut, hanya 10 orang sahaja yang lulus! Masya Allah! Terkejut bukan? Akan tetapi saya sempat menanyakan perkara ini kepada pelajar Singapura yang lain, maklumat tersebut adalah tidak benar! Kerana keputusan imtihan tersebut masih belum diumukan lagi. Alhamdulillah...

Apa-apa pun, moga adik-adik baru terus bersemangat. Usaha, dan terus berusaha! Kami akan terus mendoakan kejayaan kalian.. Jangan lupa untuk turut serta pada hari taklimat dan ujian percubaan Imtihan tersebut yang akan dianjurkan oleh PMRAM pada waktu terdekat ini. Salam Imtihan...

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments



Baru-baru ini, ketika mana para pelajar baru sedang menanti
nama muqayyad di kuliah masing-masing, PMRAM yang diwakili oleh saudara Mohd Yazid Pardi sebagai Badan Pengurus bagi Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM mendapat makluman dari pihak JPMK dan Al Azhar bahawa kesemua pelajar baru perlu untuk menduduki peperiksaan sebelum memasuki kuliah yang dinamakan sebagai `imtihan qobul`.

Imtihan ini perlu untuk diduduki oleh semua pelajar wafidin ( bukan bertutur di dalam bahasa arab) untuk melayakkan mereka sebagai pelajar kuliah Al Azhar. Kalau tidak salah saya, tahun ini merupakan tahun kedua penetapan ini dibuat. Dan tahun ini merupakan tahun yang pertama bagi pelajar Malaysia untuk menduduki peperiksaan tersebut.

Sepatutnya, imtihan ini perlu untuk diduduki pada tanggal 26 Oktober yang lalu,akan tetapi pihak PMRAM mendapat makluman bahawa pihak JPMK berusaha agar pelajar Malaysia dikecualikan daripada imtihan tersebut kerana memadai dengan Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) yang telah diduduki.

Setelah beberapa perbincangan dibuat oleh pihak JPMK bersama Al Azhar, pada awalnya seakan-akan usaha tersebut berjaya. Namun, setelah pihak PMRAM berkali-kali menghubungi pihak Al Azhar, Al Azhar tetap dengan keputusannya. mahu tidak mahu, imtihan ini perlu untuk diduduki oleh pelajar Malaysia yang datang pada tahun ini untuk melayakkan mereka ke kuliah. Jika tidak...

Sudah tentu mahasiswa/wi baru berada di dalam keadaan yang tertanya-tanya. Bilakah imtihan ini akan diadakan? di mana? bagaiman bentuk soalannya? Persoalan ini juga mungkin akan timbul di fikiran saya jika saya berada di tempat mereka. Setakat ini, pihak PMRAM dimaklumkan bahawa masa dan tempat imtihan tersebut akan diberitahu kemudian. Diharap masing-masing sentiasa bersedia.

Zaman berubah, suasana juga berubah. Kadangkala saya berfikir, kenapa baru kali ini ketetapan ini dibuat? Seakan-akan saya melihat, peperiksaan STAM yang telah kita duduki belum menjamin untuk kita memasuki Al Azhar. Barangkali, Al Azhar ada perancangannya. Adakah kerana melihat prestasi para pelajar luar yang datang ke Mesir semakin merosot? Mungkin ada benarnya.

Nasihat saya buat semua pelajar baru, gunakan masa yang ada ini semaksima yang mungkin. Seolah-olah inilah penentu masa depan anda! Ulangkajilah sedaya mungkin, bertanya pada abang-abang lama, seterusnya berdoa dan mohonlah pada Allah agar dipermudahkan untuk menjawab imtihan tersebut. Ini adalah ujian pertama buat kalian. Mudah-mudahan kalian mampu untuk melepasinya. Buktikan bahawa kalian memang bakal yang bergelar para Azhari!

Hanya doa yang dapat saya pohonkan pada Allah, selainnya adalah atas usaha kalian. Tidak lupa juga untuk saya berpesan, perbetulkan niat kedatangan kalian ke sini. Mudah-mudahan ianya juga menjadi sebab doa kalian diterima dan kejayaan kalian. Amin ya Rabb al`alamin.

p/s :Insya Allah pihak PMRAM akan menganjurkan Hari Taklimat dan Teknik-teknik menjawab soalan berkaitan imtihan tersebut pada masa yang akan dimaklumkan kemudian.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, November 3, 2009 0 comments

Wah, tak sangka juga ya! Ada juga rupanya liputan Majlis ini dari orang Mesir. Tak dinafikan, dengan kehadiran Fadhilatul Mufti, selayaknya wartawan dari Mesir untuk membuat liputan. Berikut adalah keratan yang saya ambil dari web akhbar tersebut.



Kalau ada masa nanti saya terjemah. Sesiapa yang ada kelapangan juga dialu-alukan untuk terjemah dan serah pada saya. Terima kasih.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Sunday, November 1, 2009 1 comments


Sila lihat di link berikut :

Di Youtube :
http://www.youtube.com/watch?v=t60CX0f1Ars&feature=player_embedded

Di Blog Kutub Sittah :
http://kutubsittah-pmram.blogspot.com/

Di Blog Ustaz Nazrul Nasir :
http://videonazrul.blogspot.com/2009/10/temuramah-al-faqir-bersama-para.html

Semoga semua beroleh manfaat. Selamat menonton.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 1 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS