Jutaan terima kasih buat semua pelaksana Majlis Pembacaan Kutub Sittah siri pertama.
Gambar di atas merupakan pelaksana sepanjang program. Masih ramai lagi yang memberi khidmat di sebalik tabir. Moga Allah memberkati kalian!

Lewat petang tadi, muhasabah Majlis Kutub Sittah selesai dijalankan walaupun tanpa kehadiran keseluruhan add hoc. Segala cadangan dan komentar kalian akan kami pertimbangkan supaya siri-siri yang akan datang lebih tersusun dan teratur.

Isu Kutub Sittah ini masih lagi dimainkan oleh beberapa pihak. Bahkan pihak PMRAM sendiri tidak akan berdiam diri hinggalah Dialog bersama Pengarah JPMK terlaksana. Isu PMRAM menganjurkan Konvo, saya juga berhasrat untuk mengulasnya, akan tetapi dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian. Walaupun banyak spekulasi yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, saya hanya mengharapkan isu ini diselesaikan dengan bijaksana oleh semua pihak. Bukannya menyalahkan pihak yang benar dan membenarkan yang sebaliknya. Berkata benarlah walaupun ia pahit.

Pesanan saya buat mereka yang tidak tahu menahu hujung pangkal isu ini, sila bertanya pada pihak yang berwajib terlebih dahulu, bukannya mengambil maklumat di tepi jalan dan berbicara tanpa usul periksa! Lebih baik anda berdiam diri.

Apa-apa pun, tahniah juga diucapkan buat semua graduan yang telah menamatkan pengajian di bumi Mesir ini. Selamat pulang dan berdakwah. Doakan kami di sini ya!

Tahniah buat pihak JPMK atas anjuran Konvokesyen baru-baru ini walaupun tanpa kehadiran Syeikh Tontowi.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, October 27, 2009 0 comments


Motosikal yang baru dijumpai

Sekali lagi lafaz Alhamdulillah saya panjatkan ke hadrat Ilahi, berkat dengan keberkatan Majlis Kutub Sittah, Allah murahkan rezeki saya untuk mendapatkan kembali motosikal saya yang dicuri berdekatan dengan tarikh Majlis ini.

Sedang dalam kekalutan di hari akhir Majlis yang diadakan di Nadi Madinah Nasr Al Riadhi, sekitar jam 1 tengahari,saya mendapat panggilan dari balai polis Ezbakiyyah ( Ramsis). Pihak polis meminta saya supaya segera ke sana untuk mengambil motosikal saya. Ya Rabb! Kalau difikirkan, tentunya Majlis ini lebih aula untuk saya utamakan. Akan tetapi berkali-kali saya dihubungi dan diminta untuk segera ke sana untuk mengambil motosikal saya.

Atas desakan tersebut, saya nekad untuk pergi dan meninggalkan Majlis buat seketika. Alhamdulillah... tidak mengambil masa yang lama, motosikal selamat dibawa pulang walaupun ditipu oleh Arab.

Bibarakati du`aikum wa bibarakati Sohihil Bukhari... Moga Allah memberkati kalian...

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, October 22, 2009 0 comments



Salam perjuangan,

Isu Kutub Sittah masih lagi hangat diperkatakan, hatta hingga ke malam tadi, selepas sehari Majlis tersebut berakhir, satu dialog bersama Pengarah JPMK telah diadakan, malangnya kelibat Pengarah tidak ada. Inisiatif untuk meneruskan Majlis tersebut diambil walaupun tanpa ketiadaan Pengarah mahupun wakilnya.Belum bersedia agaknya. Saya mendapat makluman Pengarah ada tetamu, barangkali tak sempat bersama kami.
Mungkin dilain masa kita akan bertemu lagi.

Walaupun saya tiba agak lewat kerana menziarahi sahabat saya di Zaqaziq, kehangatannya masih lagi terasa. Barangkali dengan kehadiran saudara Faizal Sabhon yang menghangatkannya. Saya kagum dengan semangat beliau. Mabruk buat saudara Faizal!

Isu ini tidak akan terhenti disini. Saya masih lagi berharap untuk bersua muka bersama Prof Jamil. Tuduhan yang diberikan terhadap PMRAM bagi saya agak keterlaluan. Maaf juka saya sebut sedemikian. Bagaimanapun, ini bukanlah suatu yang baharu buat PMRAM. Cuma ianya isu yang berulang kembali di tempat dan masa yang berbeza.

Saya akan terus merenteti isu ini dari mula hinggalah ke akhirnya. Tidak lain dan tidak bukan, inginkan keadilan dan penjelasan. Mana mungkin Al Azhar membuat tindakan yang melulu melainkan ada suara-suara sumbang. Mohon nama PMRAM dibersihkan.

*Mungkin penulisan saya akan sedikit berterabur, memandangkan tidak sempat menulis sebelum ini.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments


Mengiringi Pemangku Presiden menyampaikan cenderamata kepada Fadhilatul Mufti

Tidak dapat hendak digambarkan keseronokkan saya apabila dapat bertemu dengan para Ulamak,lebih-lebih lagi dapat bersua muka bersama Fadhilatul Mufti Al Imam Al `Allamah Dr Ali Jumuah. Bahkan saya berpeluang bersalaman bersama Fadhilatul Mufti! Ya Rabb! Seakan berlinangan air mata ini apabila bertemu Fadhilatul Mufti.

Mungkin saya tidak berpeluang mengikuti penuh pengajian pada kali ini, memandangkan terlalu banyak teknikal dan kerja yang spontan terpaksa dilakukan, memerlukan saya untuk memantau keseluruhan perjalanan Majlis. Namun terubat jua setelah berpeluang mendengar kalam Al Imam yang sangat-sangat dinantikan. Alhamdulillah...

Berada di posisi Pengarah memang memeritkan. Apatah lagi setelah kejadian 11 Oktober yang lalu. Bermulanya seribu satu kenangan terpahit dan termanis sepanjang saya berada di dalam kepimpinan badan pengurus. Kadangkala saya terfikir bagaimana abang-abang lama dahulu diuji dengan pelbagai mehnah, dengan isu Rumah Melayu, isu Air mata Mansurah dan lain-lain lagi, rupa-rupanya ujian itu juga Allah takdirkan untuk kami kepimpinan merasainya. SubhanAllah... Allah sahaja yang tahu...

Jutaan terima kasih saya rakamkan yang pertama buat kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, tanpa kalian yang membantu tidak terdaya rasanya kudrat ini. Juga buat seluruh add hoc pelaksana dan ajk yang terlibat dan yang membantu secara tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini.

Saya sedang menyiapkan kronologi penuh perjalanan Majlis Kutub Sittah. Ianya sebagai simpanan peribadi saya, bahkan mungkin ianya akan menjadi arkib PMRAM yang akan menjadi sejarah suatu hari nanti, juga ingin saya kongsikan bersama teman-teman jerih perih Badan Pengurus dan add hoc pelaksana. Pengalaman itu sangat pahit pada awalnya namun menjadi manis pada akhirnya, itulah sunnah perjuangan. Tidak ada yang mudah. Jasa kalian tidak mampu saya bayar dengan wang, letih dan keringat kalian, mudah-mudahan diganjar Allah ta`ala di akhirat kelak.

Saya juga sangat berharap untuk bersua muka bersama Prof. Jamil, mudah-mudahan beliau dapat memberikan penjelasan yang terbaik buat saya.

Terima kasih buat semua. Nantikan kronologi tersebut ya!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments

" Pemimpin datang dan pergi"

Ungkapan ini sering diucapkan tatkala pengakhiran pentadbiran bagi sesebuah organisasi. Hari ini juga bakal berlangsung dua lagi Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) bagi negeri Selangor dan Terengganu. Seharusnya peluang MAT yang hanya sekali sahaja setahun perlu dimanfaatkan dengan sebaiknya.

Sepanjang pengamatan saya, kadang kala MAT ini tidak diertikan dengan sebaiknya oleh sesetengah pihak. Ruang yang sepatutnya digunakan untuk membincangkan hala tuju dan masa depan sesebuah organisasi, dijadikan medan untuk mencari kesalahan dan menghentam pihak pimpinan. Walhal sepanjang tempoh setahun yang ada, langsung tidak membantu dan menunjuk muka.

Segera berubah. Jadikanlah MAT ini medan untuk berfikir dan menjana idea memajukan organisasi. Kekurangan dan kelemahan pimpinan yang lama dijadikan batu loncatan untuk mencari penyelesaian yang terbaik. Jika semua orang berfikiran sebegini pastinya pimpinan yang diamanahkan tidak merasakan mereka bersendirian memacu organisasi.

Sekadar pandangan. Sepatutnya MAT dibuka seluas-luasnya ruang untuk hadirin memberi pandangan dan idea mereka, bukannya peruntukkan masa yang panjang untuk membentang laporan dan muhasabah supaya permasalahan dan penyelesaian dapat dibincangkan dengan lebih lumat.

Selamat bermesyuarat/ berbincang. Bagi pimpinan yang bakal naik, selamat bertugas dan memikul amanah. kalian adalah harapan ummah.

Bersama menghayati ucapan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu`izz Muhammad.

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله العزيز الحكيم و الصلاة و السلام على رسول الله الصادق الأمين

Bantu membantu merupakan salah satu daripada prinisp kerja berkebajikan di dalam Islam. Sesuai dengan firman Allah dan sabda RasulNya;

"وتعاونوا على البر و التقوى"
“Dan bantu-membantulah di dalam perkara kebajikan dan taqwa” al-Maidah ayat 2

"لأن يمشى أحدكم في حاجة أخيه خير له من أن يعتكف في مسجدي هذا شهرا"
“Jika seseorang dari kalian keluar demi menunaikan hajat saudaranya lebih baik baginya dari beri’tikaf di masjidku ini sebulan”

Kalam Rasulullah S.A.W di atas menunjukkan betapa Islam mementingkan cara hidup berkebajikan di kalangan umatnya. Untuk melaksanakan hasrat tersebut, memerlukan satu sistem organisasi yang lengkap supaya segala gerka kerja licin dan teratur. Maha Suci Allah yang menyediakan cara hidup yang sempurna, telah menentukan satu sistem organisasi yang tidak terdapat di dalam dogma-dogma lain selain Islam.

Perbincangan tanpa kasta antara pimpinan dan pendukung adalah satu kemestian bagi organisasi yang mendukung Islam. Syura menyediakan ruang untuk berbincang, berbahas dan mengkritik secara berdisiplin.

Saya mengira bahawa pendukung-pendukung Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) sudah matang agar dapat membawa Mesyuarat Agung Tahunan Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) dan Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) dengan roh kesedaran yang kuat akan tanggungjawab kita bersama untuk Islam.

Islam lebih memerlukan golongan yang berkhidmat dari golongan yang hanya pandai mengkritik. Dr. Yusuf al-Qaradhawi menegaskan di dalam bukunya al-Sahwah al-Islamiyyah Baina al-Murahaqah Ila al-Rusyd;

“Sesungguhnya lebih penting kita membuat kerja yang positif walaupun pun tidak terpelihara daripada kesalahan, daripada golongan yang hanya duduk tidak berbuat apa-apa melainkan mengkritik mereka yang bekerja”

Jadikanlah Mesyuarat Agung Tahunan kali ini medan perbincangan dan muhasabah yang sihat demi meningkatkan kualiti kerja dan berfikir kita. Ini merupakan satu sesi pembelajaran sebelum anak-anak didikan PMRAM ini kembali ke tanah air membawa gelombang kesedaran generasi muda yang sayangkan perjuangan Rasulullah S.A.W.


Selamat Bermesyuarat

Abdul Mu’izz Muhammad
Presiden PMRAM 09


Suasana MAT DPM Tanta


MAT DPM Maqaz Shoubro

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Wednesday, October 7, 2009 0 comments


Apabila sudah mula menulis, mencurah-curah pula idea. Sekadar promosi. Penulis ditaklifkan untuk menjadi pengarah program ini. Agak berat juga, akan tetapi pengalaman harus ditimba. Sementara peluang yang ada, apa salahnya belajar memimpin. Mohon dimudahkan segala urusan dan bantuan sahabat-sahabat amat diharapkan baik bantuan tenaga mahupun ada yang ingin menyumbang kewangan. Mungkin ada yang berhasrat menyalur bantuan maka inilah salurannya. Membantu orang lain untuk menuntut ilmu, mudah-mudahan kita juga mendapat ganjaran yang setimpalnya..

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments


" Bersama adik Hafiz di bumi Dumyat"


"suasana ketika HATI PMRAM"


"Sementara menunggu tetamu jemputan di maktabah Selangor"


bersama `tokoh kemerdekaan`, katanyalah...


Posing di pejabat...macho tak?hehe


Di Rab`ah bersama Prof Hasan Basri dan Pegawai Pahang

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments










Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, October 6, 2009 0 comments


Bernafas kembali!!

Salam mahabbah, terima kasih bagi yang sudi berkunjung ke blog usang ini, mungkin juga hampir berkubur, penulis membuat keputusan untuk berhenti sementara dari menulis, memandangkan penulis teringat pada pesanan seorang sahabat, beliau berpesan yang diambil kata-kata tersebut daripada seorang sasterawan terkenal. Kata beliau ; untuk menulis memerlukan 5 unsur yang utama, iaitu yang pertama : membaca, yang kedua : membaca , yang ketiga : membaca, yang keempat : juga membaca dan yang kelima adalah menulis. Dari kata-kata ini saya kira kalian faham apakah yang cuba untuk disampaikan. Tidak lain dan tidak bukan perlunya kepada pembacaan yang banyak sebelum terjun ke dalam bidang penulisan. Saya juga dalam usaha untuk menambahkan pembacaan saya.

Sudah agak lama blog ini bersarang ya? Empat bulan lamanya. Sudah tentu terlalu banyak peristiwa yang berlaku. Ramadhan pun sudah berlalu, kini kita masih lagi dalam bulan Syawal yang mulia. Penulis baru berpeluang bersama sahabat sejawatan untuk memulakan puasa enam hari. Musim ini juga bumi Mesir sedang didatangi teman-teman kita yang baru.

Saya kira belum terlambat untuk saya ucapkan selamat datang buat teman-teman baru ke bumi barakah ini. Ahlan Wasahlan Wamarhaban bikum! Apa perasaan kalian? Seronokkah? Moga-moga kalian sentiasa memelihara niat dan tujuan kalian ke bumi bertuah ini. Selamat datang juga buat adik Hafiz Shamsuri dan adik Fudhail, nampaknya generasi SMIP masih ada lagi di sini. Hehe,

Dikesempatan ini juga, Salam Aidilfitri buat semua walaupun sudah masuk hari yang ke 17, hehe.. mohon maaf salah dan silap. Jangan lupa puasa enam!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS