Berikut adalah jadual jelajah Sinai 2009 berdasarkan maklumat yang diperolehi dan diluluskan oleh Lajnah Perancang dan Panitia PMRAM Ustaz Abdul Muizz Muhammad, mana-mana BKAN atau DPM yang belum mendapat kelulusan atau permohonan tarikh , sila berbuat demikian kepada beliau. PMRAM amat menggalakkan sekiranya mana-mana BKAN atau DPM taakhi supaya menganjurkan rehlah ini secara bergabung.

Dimulakan dengan Dewan Perwakilan Mahasiswa ( DPM ):

DPM Tonto 3 - 5 Februari
DPM Zaqaziq 3 - 5 Februari
DPM Dumyat 3 - 5 Februari
DPM Mansurah 2 -4 Februari
DPM Syubro 4 - 6 Februari
DPM Damanhur 2 - 4 Februari

HEWI PMRAM 8 - 10 Februari
Perubatan Mansurah 8 - 10 Februari

Badan Kebajikan Anak Negeri ( BKAN )

BKAN Pulau Pinang ( belum ada tarikh yang muktamad )
BKAN Wilayah 14 -16 Februari
BKAN Selangor 15 - 17 Februari
BKAN Terengganu 15 -17 Februari

Bersempena jelajah Sinai yang akan datang ini, PMRAM ingin mengingatkan kepada peserta yang ingin menyertainya supaya memastikan :
1) Passport beserta iqomah yang masih hidup @
2) Jika tidak ada iqomah, pastikan mempunyai kernih kuliah
3) Kad keahlian PMRAM
4) Jika salah satu dari perkara 1 dan 2 tidak lengkap, sila hubungi Ketua
Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM (saudara Mohd Adlan ) untuk tindakan lanjut. Akan tetapi, BSR mendapat nasihat dari pihak Presiden PMRAM supaya mengingatkan mana-mana pelajar yang ingin menyertai rehlah ke Semenanjung Sinai tetapi masih belum menghidupkan iqomahnya supaya menangguhkan hasrat mereka pada masa-masa yang akan datang memandangkan keadaan keselamatan yang agak ketat akhir-akhir ini.

* Mana-mana pihak yang ingin mendapatkan maklumat sedikit sebanyak berkaitan Sinai ( penginapan, bas dan lain-lain ) juga boleh menghubungi saya ataupun ada maklumat yang boleh dikongsikan bersama juga amat dialu-alukan.

" SALAM ISTIRAHAH, SALAM ZIARAH"

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Thursday, January 22, 2009 0 comments


"Wajib semua umat Islam untuk memboikot kesemua produk keluaran Amerika dan Israel pada waktu ini!" Doktor Yusuf Qardhawi berkata dalam salah satu khutbahnya berkenaan isu boikot produk ekonomi bagi sesiapa yang memusuhi Islam.
untuk maklumat lanjut layari : ( http://www.qaradawi.net/site/topics/article.asp?cu_no=2&item_no=6742&version=1&template_id=230&parent_id=17

Bahkan membelinya pada waktu ini merupakan dosa besar katanya lagi. Perkara ini perlu diambil cakna buat kita semua. Bukan hanya cakap-cakap kosong! Jihad yang sekecil ini pun tidak mampu untuk kita buat, usah mimpi untuk meletakkan kita sebaris dengan para pejuang di medan jihad.


Ayuh kita sahut dengan kesungguhan yang tinggi, walaupun isu ini bukanlah isu baru, akan tetapi kita berada pada keadaan dan waktu yang sangat tepat untuk melaksanakan boikot ini.

Ayuh jihad ekonomi!

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Saturday, January 17, 2009 0 comments

Saksikan dan hayatilah.. Ya Allah selamatkanlah Palestin..
.

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments

Apabila sahabat-sahabat melihat gambar di atas, mungkin difikiran kalian sudahpun maklum siapakah empunya kitab tersebut. Tidak lain dan tidak bukan kitab Fahtul Mun`im syarah kepada Soheh Muslim adalah kitab yang dikarang oleh Ustaz Doktor Musa Syahin Lasyin. Kitab yang cukup bermakna pada saya dan syarahan yang cukup mudah untuk difahami yang cuba disampaikan kepada kita oleh Doktor Musa.


Barangkali saya fikir masih lagi ramai yang belum mengetahui berita pemergian seorang tokoh ini yang mungkin tidak ada gantinya. Apatah lagi pada waktu ini kita sibuk dengan peperiksaan masing-masing dan juga isu global yang menjadi tumpuan dunia Gaza, sudah tentu berita kecil ini tidak diberikan perhatian.Walaupun begitu, pada hemat saya ini bukanlah berita kecil.


Pada 12 Januari yang lalu merupakan hari pertama untuk saya menduduki peperiksaan pada fasa ini. Sebelum saya menuju ke dewan peperiksaan, terdapat sehelai iklan ditampal di hadapan pintu utama laluan para doktor. Apabila saya membaca iklan tersebut, saya agak terperanjat. Kita kehilangan seorang lagi pejuang ilmu! Benarlah kata baginda s.a.w, "ilmu itu bukanlah di cabut dari dada-dada manusia, tetapi di cabut dengan diwafatkan para alim ulama". Tanggal 8 Januari 2009 yang lalu al marhum telah pergi mengadap ilahi. Innalillah wainna ilaihi raji`un.


Saya bukanlah orang yang selayaknya untuk menceritakan peribadi dan latar belakang al marhum, kerana saya bukanlah anak murid beliau apatah lagi sanak saudaranya. Cuma sekadar sering membelek-belek beberapa kitab karangan beliau yang ada pada tangan saya. Di antaranya ialah :

1) Fathul Mun`im Syarah Soheh Muslim

2) Almanhal al Hadith syarah hadith terpilih di dalam Soheh Bukhari

3) Kisah-kisah daripada Hadith Nabawi

dan banyak lagi tulisan-tulisan beliau yang lain. Izinkan saya di sini untuk menyebutkan beberapa perkara yang saya boleh kongsikan berkenaan kitab Fathul Mun`im karangan beliau.


Di dalam muqaddimah kitab tersebut, al marhum menyatakan bahawa beliau telah mula menulis kitab ini sejak beliau berumur 23 tahun lagi ( Usia saya pada 9 April pada tahun ini). Beliau mengambil tempoh yang lama untuk menyiapkan kitab ini siang dan malam supaya dapat menghasilkan syarahan yang cukup baik dan mudah difahami. Juga kerana amanah dan tawadhuknya beliau terhadap ilmu, bukan untuk mencari kekayaan ataupun populariti. Sikap pewaris para Anbiya`yang patut kita teladani .


Diceritakan juga, pada asalnya al marhum ingin menyempurnakan syarahannya pada kitab Soheh Bukhari, setelah beliau mensyarahkan beberapa hadith yang terpilih daripadanya untuk dijadikan silibus diperingkat menengah Al Azhar . Kitab tersebut dinamakan sebagai Almanhal Al Hadith. Akan tetapi, setelah beliau berfikir panjang, dan beliau mendapati silibus pelajar-pelajar di Universiti Al Azhar di kuliah Usuluddin manhajnya diambil daripada kitab Soheh Muslim. Kitab ini tidaklah disyarahkan sehebat Soheh Bukhari disyarahkan oleh para ulama`. Jika adapun ia sukar untuk digunakan dan dirujuk oleh mereka yang baru menceburkan diri di dalam ilmu hadith.


Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, beliau segera menyiapkan syarahan beliau untuk kitab Soheh Muslim yang diberi nama Fathul Mun`im dengan manhaj yang tersendiri. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat semua. Kitab ini mula dicetak pada tahun 2002.


Beliau merupakan bekas ketua Fakulti Hadith, Ustaz Hadith di Fakulti Usuluddin dan juga ketua Markaz Sunnah di Kementerian Wakaf Mesir.

-Al fatihah-

Haiyyu Asyir | 0121am

Posted by Ibnu Mokhtaruddin 0 comments

"Perjalananku sangatlah jauh..." kata Akhil Hai dalam nasyidnya, begitu jugalah kita, perjalanan kita masih jauh nun disana. Perjalanan peperiksaan saya pun masih jauh lagi,hehe .. alhamdulillah, telah menduduki dua subjek yang awal dan masih lagi berbaki enam subjek. Doakan saya! Dalam waktu senggang yang ada, saya cuba untuk memperbaiki dan menambah baik blog saya ini. Sekadar yang termampu.

Perjalanan kita sebagai siswa dibumi Mesir selayaknya menjadikan kita dikalangan mereka yang bersama dengan ulama`. Atau dengan kata lain kita berada di atas landasan pewaris para anbiya`. Akan tetapi, perlu diingatkan juga Mesir juga adalah bumi di mana bersemadinya jasad mereka yang menentang perjuangan para anbiya`.Yang pasti pulangnya kita nanti adalah untuk bersama-sama dengan mereka yang meneruskan perjuangan para nabi ini.Persoalan yang kita perlu sentiasa tanya pada diri kita, adakah kita berada di lorong tersebut?

Untuk bersama mereka, memerlukan kesungguhan kita sendiri. Ujian kecil yang kita sedang lalui ini perlu dilalui dengan baik. Jika silibus peperiksaan pun belum mampu kuasai bagaimana untuk kita menguasai silibus ummah? Waktu lapang yang ada gunakanlah sebaik-baiknya. Pada pendapat saya, musim peperiksaan di bumi Mesir sebenarnya musim yang lapang. Mungkin kerana saya berada dalam organisasi, maklumlah habis sahaja musim peperiksaan bertimbun-bertimbun kerja yang perlu dibuat. Tambahan pula, PMRAM semakin menghampiri tempoh akhir penggal 2008 pada Mac ini. Terlalu banyak perkara yang boleh dilakukan. sebagai contoh , menulis blog inilah.hehe..

Seperti yang saya katakan pada awal tadi, perjalanan kita masih jauh. Jika hidup kita tidak diatur dengan baik, kita mungkin akan berada jauh daripada golongan pewaris nabi, na`uzubillah kita mohon jauh. Mengapa saya katakan begitu? Jawapannya ada pada kalian bukan? di bumi Mesir ini, tidak ada orang yang mengatur kehidupan kita. Semuanya harus dilakukan sendiri, semuanya bergantung atas kesedaran kita sendiri, semakin banyak sumber yang kita cari, semakin banyak input yang kita akan dapat. nak jadi pakar agama? designer? blogger? dan lain-lain lagi, semuanya atas kita.

Kita selalu mendengar kritikan terhadap Azhar yang pelbagai, semuanya tak lain menghentam sistem Al Azhar. Ya, saya juga tidak menafikan, memang ada kelemahannya, akan tetapi janganlah sampai kita tidak mengambil manfaat yang terlalu besar sepanjang berada di sini. Baiknya sistem sesuatu tempat bukanlah kayu ukur tahap kejayaan seseorang dan lemahnya sistem sesuatu tempat bukan juga menandakan kita tidak ada kualiti! Tepuk dada tanya minat. Dibumi inilah lahirnya ramai ulama`-ulama` besar yang mendokong Islam baik di Malaysia mahupun ditempat-tempat lain.

Saya juga tidak berhasrat berceloteh panjang. Masih banyak silibus yang perlu dibaca. Untuk akhirnya, marilah kita hayati pesanan Syeikh Abdullah Nasih Ulwan dalam kitabnya. Perjalanan yang masih jauh, buat kita yang bergelar pemuda. Pesanan ini saya tujukan buat diri saya dan semua yang membaca blog ini :

Waspadalah -wahai pemuda- terhadap seruling kejahatan yang memperindahkan
kepadamu kemungkaran...
Waspadalah terhadap bisikan syaitan yang mempermudahkan bagi kamu jalan
kemaksiatan...

Waspadalah terhadap bisikan hawa nafsu ammarah yang menyebabkan kamu suka
memasuki pasar fitnah...

Berhati-hatilah daripada terjerumus ke dalam perangkap hawa nafsu yang menggalakkan
kamu melakukan maksiat.

Dan akhirnya berwaspada dan berwaspadalah... daripada menonton filem lucah, bogel dan
yang memberangsangkan keinginan seks, kerana ia akan membawa kamu kepada
kekotoran syahwat dan kekejian.

Bahkan saya katakan kepada kamu dengan terus terang wahai pemuda: Berwaspada...
berwaspadalah... daripada segala yang menimbulkan keghairahan, mencemari kemuliaan,
merangsangkan syahwat, membunuh kemuliaan, menjatuhkan maruah, melemahkan tubuh
badan, melumpuhkan daya ingatan, meluputkan keperibadian dan meletakkan kamu di
pintu kemungkaran...

Sesungguhnya jalan penyelesaian yang positif dan praktikal untuk membebaskan diri
daripada semuanya ini -wahai pemuda- ialah dengan cara memperdalamkan akidah
rabbaniah di dalam dirimu, mengisi masa lapang dengan perkara-perkara yang bermanfaat
untuk kehidupanmu, bersahabat dengan ahli taqwa dan iman dan bergabung dengan
jemaah Islamiah yang sentiasa bekerja untuk mentarbiah dan membentuk kamu... Dengan
cara itu kamu akan lahir sebagai manusia yang soleh dan hamba yang bertaqwa serta teguh
berada di jalan lurus. Bahkan kamu mampu memberikan contoh teladan yang baik kepada
orang lain. Ketika kamu berjalan di tengah orang ramai mereka akan memerhatimu.

Sesungguhnya perjalanan ini masih jauh...
Jumaat | 16.1.2009 | 8.20pm

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Friday, January 16, 2009 0 comments

Assalamualaikum wbt ,

Sahabat-sahabat yang dirahmati, setelah sekian lama saya berfikir dan terus berfikir, akhirnya saya membuat keputusan untuk menghidupkan blog saya kembali pada hari bersejarah ini. 13 Januari 2009, kita di Mesir sedang berhadapan ujian peperiksaan untuk menguji sejauh mana kefahaman kita, sedangkan sahabat kita di Palestin berhadapan dengan ujian yang terlalu hebat , yang tidak boleh dibayangkan kedahsyatannya, sudahpun masuk hari yang ke 17, belum ada tanda-tanda ianya akan berakhir. Ya Allah berkatilah perjuangan kecil kami di sini dan perjuangan mereka di sana...
Saya tidak berhasrat untuk menulis panjang, memandangkan musim peperiksaan baru sahaja membuka tirainya. Mungkin jua saya tidak tahu untuk mulakan di mana. Saya sertakan di sini jadual peperiksaan saya untuk fasa satu pada tahun ini :

12 Januari : Dirasat Asanid
15 Januari : Tauhid
19 Januari : Takhrij hadith
22 Januari : Sirah nabi
24 Januari : Fekah Muamalat ( subjek tahun dua )
26 Januari : Manahij Mufassirin
27 Januari : Falsafah Am ( subjek tahun dua )
29 Januari : Khutbah

Lapan subjek untuk fasa satu ini agak berat untuk dilalui, akan tetapi sudah tentu jauh bezanya untuk dibandingkan dengan bedilan peluru berpandu yang dihadapi penduduk di Gaza. Mudah-mudahan peperiksaan kecil ini berjaya kami tempuhi sebelum berhadapan dengan ujian yang lebih besar, baik di dunia mahupun di akhirat kelak. Doakan kejayaan bersama, doakan sahabat kita di Gaza....

Mak, bah , doakan alan...
13 Januari 2009 | 0311am
rumah pejabat

Posted by Ibnu Mokhtaruddin Tuesday, January 13, 2009 0 comments

Subscribe here

MASA KITA

About Me

My photo
Nama diberi Mohd Adlan Mokhtaruddin, Dilahirkan pada 9 April 1986.Berasal dari Wilayah Kuala Lumpur dan menetap di Lot 4201 Kg Baru Sg Buloh Selangor.Merupakan anak ke sepuluh dari 12 orang adik-beradik. Pengajian kini di Jabatan Hadith Fakulti Usuluddin Kaherah Mesir.

BERSAMA MENJAYAKANNYA!!

SUMBER INSPIRASI

SUMBER INSPIRASI

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KEKAL '10--80 TAHUN PMRAM

KENANGAN TERMANIS

KENANGAN TERMANIS