Apabila sahabat-sahabat melihat gambar di atas, mungkin difikiran kalian sudahpun maklum siapakah empunya kitab tersebut. Tidak lain dan tidak bukan kitab Fahtul Mun`im syarah kepada Soheh Muslim adalah kitab yang dikarang oleh Ustaz Doktor Musa Syahin Lasyin. Kitab yang cukup bermakna pada saya dan syarahan yang cukup mudah untuk difahami yang cuba disampaikan kepada kita oleh Doktor Musa.
Pada 12 Januari yang lalu merupakan hari pertama untuk saya menduduki peperiksaan pada fasa ini. Sebelum saya menuju ke dewan peperiksaan, terdapat sehelai iklan ditampal di hadapan pintu utama laluan para doktor. Apabila saya membaca iklan tersebut, saya agak terperanjat. Kita kehilangan seorang lagi pejuang ilmu! Benarlah kata baginda s.a.w, "ilmu itu bukanlah di cabut dari dada-dada manusia, tetapi di cabut dengan diwafatkan para alim ulama". Tanggal 8 Januari 2009 yang lalu al marhum telah pergi mengadap ilahi. Innalillah wainna ilaihi raji`un.
1) Fathul Mun`im Syarah Soheh Muslim
2) Almanhal al Hadith syarah hadith terpilih di dalam Soheh Bukhari
3) Kisah-kisah daripada Hadith Nabawi
dan banyak lagi tulisan-tulisan beliau yang lain. Izinkan saya di sini untuk menyebutkan beberapa perkara yang saya boleh kongsikan berkenaan kitab Fathul Mun`im karangan beliau.
Diceritakan juga, pada asalnya al marhum ingin menyempurnakan syarahannya pada kitab Soheh Bukhari, setelah beliau mensyarahkan beberapa hadith yang terpilih daripadanya untuk dijadikan silibus diperingkat menengah Al Azhar . Kitab tersebut dinamakan sebagai Almanhal Al Hadith. Akan tetapi, setelah beliau berfikir panjang, dan beliau mendapati silibus pelajar-pelajar di Universiti Al Azhar di kuliah Usuluddin manhajnya diambil daripada kitab Soheh Muslim. Kitab ini tidaklah disyarahkan sehebat Soheh Bukhari disyarahkan oleh para ulama`. Jika adapun ia sukar untuk digunakan dan dirujuk oleh mereka yang baru menceburkan diri di dalam ilmu hadith.
Oleh itu, sebagai penyelesaiannya, beliau segera menyiapkan syarahan beliau untuk kitab Soheh Muslim yang diberi nama Fathul Mun`im dengan manhaj yang tersendiri. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat semua. Kitab ini mula dicetak pada tahun 2002.
Beliau merupakan bekas ketua Fakulti Hadith, Ustaz Hadith di Fakulti Usuluddin dan juga ketua Markaz Sunnah di Kementerian Wakaf Mesir.
-Al fatihah-
Haiyyu Asyir | 0121am
0 comments