Mengiringi Pemangku Presiden menyampaikan cenderamata kepada Fadhilatul Mufti
Tidak dapat hendak digambarkan keseronokkan saya apabila dapat bertemu dengan para Ulamak,lebih-lebih lagi dapat bersua muka bersama Fadhilatul Mufti Al Imam Al `Allamah Dr Ali Jumuah. Bahkan saya berpeluang bersalaman bersama Fadhilatul Mufti! Ya Rabb! Seakan berlinangan air mata ini apabila bertemu Fadhilatul Mufti.
Mungkin saya tidak berpeluang mengikuti penuh pengajian pada kali ini, memandangkan terlalu banyak teknikal dan kerja yang spontan terpaksa dilakukan, memerlukan saya untuk memantau keseluruhan perjalanan Majlis. Namun terubat jua setelah berpeluang mendengar kalam Al Imam yang sangat-sangat dinantikan. Alhamdulillah...
Berada di posisi Pengarah memang memeritkan. Apatah lagi setelah kejadian 11 Oktober yang lalu. Bermulanya seribu satu kenangan terpahit dan termanis sepanjang saya berada di dalam kepimpinan badan pengurus. Kadangkala saya terfikir bagaimana abang-abang lama dahulu diuji dengan pelbagai mehnah, dengan isu Rumah Melayu, isu Air mata Mansurah dan lain-lain lagi, rupa-rupanya ujian itu juga Allah takdirkan untuk kami kepimpinan merasainya. SubhanAllah... Allah sahaja yang tahu...
Jutaan terima kasih saya rakamkan yang pertama buat kepimpinan Badan Pengurus dan HEWI PMRAM, tanpa kalian yang membantu tidak terdaya rasanya kudrat ini. Juga buat seluruh add hoc pelaksana dan ajk yang terlibat dan yang membantu secara tidak langsung dalam menjayakan Majlis ini.
Saya sedang menyiapkan kronologi penuh perjalanan Majlis Kutub Sittah. Ianya sebagai simpanan peribadi saya, bahkan mungkin ianya akan menjadi arkib PMRAM yang akan menjadi sejarah suatu hari nanti, juga ingin saya kongsikan bersama teman-teman jerih perih Badan Pengurus dan add hoc pelaksana. Pengalaman itu sangat pahit pada awalnya namun menjadi manis pada akhirnya, itulah sunnah perjuangan. Tidak ada yang mudah. Jasa kalian tidak mampu saya bayar dengan wang, letih dan keringat kalian, mudah-mudahan diganjar Allah ta`ala di akhirat kelak.
Saya juga sangat berharap untuk bersua muka bersama Prof. Jamil, mudah-mudahan beliau dapat memberikan penjelasan yang terbaik buat saya.
Terima kasih buat semua. Nantikan kronologi tersebut ya!
0 comments