Pemimpin datang dan pergi, begitu juga barisan kepimpinan PMRAM buat sesi ini, saya sekali lagi diamanahkan untuk memikul tanggungjawab sebagai badan pengurus, bahkan memegang jawatan yang cukup besar bagi saya. (Setiausaha Agung ) berbanding Mantan SUA yang lalu bagi saya sangat-sangat berkelayakan. Siapalah saya untuk berada setinggi kedudukan ini, tidak pernah terlintas di dalam hati ini untuk memikul amanah yang besar ini bahkan masih lagi berharap untuk tidak kekal pada sesi ini.
Akan tetapi, segala-galanya telah berlaku, saya harus terima dengan hati yang redha. Bak kata Imam Ghazali : " Bodohlah bagi mereka yang tahu bahawa mereka akan menerima ujian tetapi tidak menyiapkan diri untuk berhadapan dengannya" .
Saya mohon buat semua ahli disemua peringkat DPM dan BKAN untuk sama-sama membantu dan mendokong kami membawa bahtera PMRAM pada tahun ini .Doakan kami di bawah kepimpinan AL Fadhil Ustaz Abdul Mu`izz Muhammad mampu mengarah PMRAM dengan baik...
Sepertimana Saidina Abu Bakar ketika mana dilantik menjadi khalifah yang pertama, beliau memohon kemaafan kepada semua rakyatnya. Walaupun saya bukanlah `khalifahnya` dan bukan juga bakal Presiden ( sepertimana yang diwar-warkan oleh Typeace ) sunnah ini patut dicontohi.
Dengan ini, saya Mohd Adlan Mokhtaruddin memohon maaf sekiranya sepanjang tahun ini saya akan melakukan kesilapan dan kesalahan. Mohon ditegur dan tunjuk ajar semua pihak. Jadilah cermin buat PMRAM sepertimana kawan itu cermin buat diri kita.
KEPIMPINAN BADAN PENGURUS PMRAM SESI 2009
PRESIDEN
ABDUL MU`IZZ BIN MUHAMMAD
TIMBALAN PRESIDEN ( LAJNAH PERANCANG DAN PANITIA )
SHAHRIZAN BIN MOHD HAZIME
NAIB PRESIDEN I ( LAJNAH DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN )
MOHD AZRUL BIN ISMAIL
NAIB PRESIDEN II ( LAJNAH MUHAFAZAH )
NIK ROSDI BIN NIK JUSOH
NAIB PRESIDEN III ( LAJNAH KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN )
MUHAMAD ZUHAILI BIN SAIMAN
SETIAUSAHA AGUNG
MOHD ADLAN BIN MOKHTARUDDIN
TIMBALAN SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD ABDUL MALIK BIN ABDUL KARIM
NAIB SETIAUSAHA AGUNG ( LAJNAH PENDAFTARAN )
AMALUDDIN ARSHAD
BENDAHARI KEHORMAT
MEOR MOHAMMAD HAIRUL ANUAR BIN HAIRUDIN
BADAN PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
MOHD YAZID BIN PARDI
BADAN PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN
MOHD FARKHAN BIN MD ZAIN
BADAN PENERANGAN DAN PENERBITAN
AHMAD TAUFIQ BIN MOHD DAHLAN
BADAN EKONOMI
MOHAMAD AZLAN BIN ALIAS
BADAN SAMBUTAN DAN REHLAH
MUHAMMAD LABIB BIN ABD JALIL
BADAN KEBUDAYAAN KESENIAN DAN SUKAN
JAMAL NAJMUDDIN BIN SULAIMAN
KEPIMPINAN HEWI PMRAM SESI 2009
TIMBALAN PENGERUSI HEWI
SITI ANISAH BINTI AHMAD
NAIB PENGERUSI HEWI I ( UNIT PERANCANG DAN PANITIA )
NUR MAZNI BINTI AHMAD PAUZI
NAIB PENGERUSI HEWI II ( UNIT DAKWAH DAN PEMBANGUNAN INSAN )
NOR HIDAYAH BINTI CHE YUSOF
NAIB PENGERUSI HEWI III ( UNIT MUHAFAZAH )
SHAHIDATUL AKMA MOHD SHA`ARY
SETIAUSAHA HEWI
NOR HAFIZA BINTI ABDUL WAHAB
TIMBALAN SETIAUSAHA HEWI
NOR HIDAYAH BINTI ABDUL RAHMAN
NAIB SETIAUSAHA HEWI
SAMIHAH BINTI ABDULLAH
BENDAHARI HEWI
`IZZATI FARHANA BINTI MAHADZIR
UNIT KEBAJIKAN DAN KEMANUSIAAN
NORRAUDAH HANUM BINTI HJ SALIM
UNIT PENDIDIKAN DAN KOMUNIKASI BAHASA
SITI NORSANIYAH BINTI SHAPIIN
UNIT PENGETAHUAN DAN PENYELIDIKAN
HURRIYYAH BINTI ABDUL MOKTI
UNIT PENERANGAN DAN PENERBITAN
IBTISAM BINTI MOHAMAD
UNIT EKONOMI
SITI FATHIYAH BINTI MOHD RAZI
UNIT SAMBUTAN DAN REHLAH
FAUZIAH BINTI ABDUL RAHMAN
UNIT KEBUDAYAAN KESENIAN DAN KEMASYARAKATAN
SITI UMAIRAH BINTI SAMSUDIN
pejabat PMRAM 0924am
p/s : Maaf dah lama tak update..
0 comments